Salam sahabat2ku,Semasa saya tengah membuka ym saya,seorang ustaz telah memberi satu link yang Amat mengejutkan saya... Walaupun saya bukanlah pelajar Agama di sini namun impaknya dapat dirasai.... Cubalah baca petikan akhbar yang saya ambik ni......
“PENGHANTARAN pelajar ke Mesir perlu dilaksanakan secara berpusat di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan pelajar dapat dipantau bagi mengelak mereka mudah terpengaruh dengan dakyah persatuan yang dikuasai pembangkang.
Wakil Kelab Umno Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan mendakwa persatuan pelajar di Mesir, “Persekutuan Melayu Republik Arab di Mesir (Pemeram) kini mengancam minda dan fikiran pelajar supaya menentang kerajaan”.
Saya boldkan ayat ni... Pada pendapat saya ayat ini menunjukkan bahawa seseorang itu adalah jenis yang sangat terdesak untuk meraih simpati murahan sambil membuat tuduhan yang amat menyimpang....Ini Fitnah sama sekali... Mana pernah PMRAM membuat sesuatu program yang menentang kerajaan secara jahar(terang-terangan)... Tunjukkan buktimu!!!! Usah bercakap tanpa ada bukti... Ini sama sekali merencatkan pendapat umum bahawa mahasiswa mesir apabila balik ke mesia akan menjadi penentang kerajaan.... Maka yang disalahkannya adalah PMRAM.. Fitnah semua tu...
Pihak Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana tidak lagi mampu memantau pembabitan pelajar dalam gerakan ejen pembangkang ini. Malah, pegawai dan pelajar kita di Mesir juga takut dan tertekan dengan Pemeram akibat tindakan mereka yang antaranya menyekat pelajar daripada tinggal di asrama kerajaan yang dikuasai mereka. “Ini bukan isu baru tetapi sudah lama disuarakan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden semalam.
Sapa cakap macam tu????? Walaupun hubungan antara kedua2 belah pihak agak dingin namun ianya bukan sampai satu tahap yang mana pihak MSD tidak mampu memantau pembabitan pelajar dalam PMRAM...Ini jalas satu Fitnah yang sengaja ingin mengeruhkan keadaan di mesir ni...!!!!!
Wan Md Hazlin juga mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan persatuan itu sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Mesir.
Ini merupakan cadangan yang paling teruk yang pernah saya dengar,,, Syeikh, anta kena ingat bahawa PMRAM bukannya berdaftar di bawah kerajaan mesia tetapi di bawah Kerajaan Republik MESIR itu sendiri... Usah menggelabah...
“Rundingan perlu segera diadakan bagi menyedarkan pelajar terbabit. "Biasiswa dan tajaan pelajar yang menyertai Pemeram juga perlu ditarik balik,” katanya.
HA!!!!!! Inilah taktik yang paling ZALIM!!! Ada ke patut kalau menyertai PMRAM pastu terus nak tarik biasiswa ngan tajaan pelajar...Mana keRASIONALan kamu wahai SAUDARA???? APe kehelnya ni??? Mana akta yang membenarkan benda ni.. Ini jelas menunjukkan kezaliman yang sangat keTERLALUAN... Syeikh,Pelajar2 datang ke Mesir ni semuanya mahukan pendidikan dan bukannya berpolitik.. Memnag x dapat dinafikan bahawa berpoliti itu boleh... Namun mengapa ianya perlu disekat??? Rata2 pelajar yang sampai ke sini semuanya berumur 21 tahun ke atas... Jadi adakah salah mereka ingain menyertai PMRAM?? Itu adalah hak peribadi seseorang dan ianya tidak boleh dihalang melainkan pertubuhan yang disertai mereka itu jelas2 membahayakan mereka dan juga maruah negara kita
Sementara itu, bagi mengembalikan kepercayaan generasi muda terhadap Umno, katanya, barisan kepemimpinan baru disaran tidak mengenepikan peranan dan sumbangan idea serta komitmen pelajar sekembalinya mereka daripada tamat pengajian di luar negara.
“Kami juga sentiasa pentingkan aspek agama untuk memastikan jati diri terpelihara. Justeru, rakan kami di Jordan, Syria, Mesir dan Pakistan memohon supaya mereka ditempatkan di barisan depan pembentukan sahsiah terpuji,” katanya.
“Kami yakin usaha mengembalikan kepercayaan anak muda kepada Umno dapat dijayakan dengan ilmu yang ada dan pengalaman berdepan dengan ideologi remaja yang agresif,” katanya.
KAMI YAKIN!!!! Urrrrrrrrrrmmmm... Yakinlah sorang2... Kalau macam ni lah modus operandinya untuk menawan hati kalangan belia,nescaya YAKINLAH makin ramai mahasiswa yang akan membenci dengan UMNO...!! SAYA YAKIN!! Mereka ingin menakut2kan pelajar dengan pemotongan biasiswa pelajar sedangkan majoriti biasiswa pelajar itu adalah hak rakyat... Hak ZAKAT!!! INGATLAH sikit... Jangan kita suka untuk menyekat rezeki orang lain kelak kamu akan disekat rezeki kalian semua melebihi dari apa yang kamu lakukan... Menyekat biasiswa@tajaan@zakat merupak tindakan yang SANGAT2 ZALIm... Lebih2 lagi yang membuatnya adalah orang yang belajar agama..... Renung2kanlah
BUKAN MENGHINA TAPI MEMBINA
BUKAN MENGUTUK TAPI MEMBENTUK
BUKAN INGIN MENGATA TAPI KALAU
TERASA TERIMA LAH DENGAN HATI YANG TERBUKA!!
0 Any Respons:
Catat Ulasan