Kenyataan Akhbar yang "Keterlaluan"

Salam sahabat2ku,Semasa saya tengah membuka ym saya,seorang ustaz telah memberi satu link yang Amat mengejutkan saya... Walaupun saya bukanlah pelajar Agama di sini namun impaknya dapat dirasai.... Cubalah baca petikan akhbar yang saya ambik ni......

“PENGHANTARAN pelajar ke Mesir perlu dilaksanakan secara berpusat di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan pelajar dapat dipantau bagi mengelak mereka mudah terpengaruh dengan dakyah persatuan yang dikuasai pembangkang.
Wakil Kelab Umno Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan mendakwa persatuan pelajar di Mesir, “Persekutuan Melayu Republik Arab di Mesir (Pemeram) kini mengancam minda dan fikiran pelajar supaya menentang kerajaan”.



Saya boldkan ayat ni... Pada pendapat saya ayat ini menunjukkan bahawa seseorang itu adalah jenis yang sangat terdesak untuk meraih simpati murahan sambil membuat tuduhan yang amat menyimpang....Ini Fitnah sama sekali... Mana pernah PMRAM membuat sesuatu program yang menentang kerajaan secara jahar(terang-terangan)... Tunjukkan buktimu!!!! Usah bercakap tanpa ada bukti... Ini sama sekali merencatkan pendapat umum bahawa mahasiswa mesir apabila balik ke mesia akan menjadi penentang kerajaan.... Maka yang disalahkannya adalah PMRAM.. Fitnah semua tu...

Pihak Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana tidak lagi mampu memantau pembabitan pelajar dalam gerakan ejen pembangkang ini. Malah, pegawai dan pelajar kita di Mesir juga takut dan tertekan dengan Pemeram akibat tindakan mereka yang antaranya menyekat pelajar daripada tinggal di asrama kerajaan yang dikuasai mereka. “Ini bukan isu baru tetapi sudah lama disuarakan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden semalam.

Sapa cakap macam tu????? Walaupun hubungan antara kedua2 belah pihak agak dingin namun ianya bukan sampai satu tahap yang mana pihak MSD tidak mampu memantau pembabitan pelajar dalam PMRAM...Ini jalas satu Fitnah yang sengaja ingin mengeruhkan keadaan di mesir ni...!!!!!



Wan Md Hazlin juga mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan persatuan itu sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Mesir.



Ini merupakan cadangan yang paling teruk yang pernah saya dengar,,, Syeikh, anta kena ingat bahawa PMRAM bukannya berdaftar di bawah kerajaan mesia tetapi di bawah Kerajaan Republik MESIR itu sendiri... Usah menggelabah...

“Rundingan perlu segera diadakan bagi menyedarkan pelajar terbabit. "Biasiswa dan tajaan pelajar yang menyertai Pemeram juga perlu ditarik balik,” katanya.



HA!!!!!! Inilah taktik yang paling ZALIM!!! Ada ke patut kalau menyertai PMRAM pastu terus nak tarik biasiswa ngan tajaan pelajar...Mana keRASIONALan kamu wahai SAUDARA???? APe kehelnya ni??? Mana akta yang membenarkan benda ni.. Ini jelas menunjukkan kezaliman yang sangat keTERLALUAN... Syeikh,Pelajar2 datang ke Mesir ni semuanya mahukan pendidikan dan bukannya berpolitik.. Memnag x dapat dinafikan bahawa berpoliti itu boleh... Namun mengapa ianya perlu disekat??? Rata2 pelajar yang sampai ke sini semuanya berumur 21 tahun ke atas... Jadi adakah salah mereka ingain menyertai PMRAM?? Itu adalah hak peribadi seseorang dan ianya tidak boleh dihalang melainkan pertubuhan yang disertai mereka itu jelas2 membahayakan mereka dan juga maruah negara kita


Sementara itu, bagi mengembalikan kepercayaan generasi muda terhadap Umno, katanya, barisan kepemimpinan baru disaran tidak mengenepikan peranan dan sumbangan idea serta komitmen pelajar sekembalinya mereka daripada tamat pengajian di luar negara.

“Kami juga sentiasa pentingkan aspek agama untuk memastikan jati diri terpelihara. Justeru, rakan kami di Jordan, Syria, Mesir dan Pakistan memohon supaya mereka ditempatkan di barisan depan pembentukan sahsiah terpuji,” katanya.

“Kami yakin usaha mengembalikan kepercayaan anak muda kepada Umno dapat dijayakan dengan ilmu yang ada dan pengalaman berdepan dengan ideologi remaja yang agresif,” katanya.




KAMI YAKIN!!!! Urrrrrrrrrrmmmm... Yakinlah sorang2... Kalau macam ni lah modus operandinya untuk menawan hati kalangan belia,nescaya YAKINLAH makin ramai mahasiswa yang akan membenci dengan UMNO...!! SAYA YAKIN!! Mereka ingin menakut2kan pelajar dengan pemotongan biasiswa pelajar sedangkan majoriti biasiswa pelajar itu adalah hak rakyat... Hak ZAKAT!!! INGATLAH sikit... Jangan kita suka untuk menyekat rezeki orang lain kelak kamu akan disekat rezeki kalian semua melebihi dari apa yang kamu lakukan... Menyekat biasiswa@tajaan@zakat merupak tindakan yang SANGAT2 ZALIm... Lebih2 lagi yang membuatnya adalah orang yang belajar agama..... Renung2kanlah

BUKAN MENGHINA TAPI MEMBINA
BUKAN MENGUTUK TAPI MEMBENTUK
BUKAN INGIN MENGATA TAPI KALAU
TERASA TERIMA LAH DENGAN HATI YANG TERBUKA!!

Kucing letih berpuasa....

Demo Kat Universiti

Assalamualaikum sahabat2 sekalian… dah lama rasanya eden x update blog ni…. Ni rasa macam gatal tangan nak taip hari ni… nak lepaskan tension belajar…. Huhuhu…

“MEDIC IS A STUFF SCIENCE”

kata2 professor dr. Khaleel Ali… Prof Biochem eden yang paling eden suka n sayangi…. Stailo,macho,bergaya tapi sangat berilmu dan zuhud orangnya… Selalu sangat dia kaitkan biochem ni ngan ayat2 quran dan banyak kali mengajak kami untuk bersyukur dengan penciptaan ALLAH yang sangat kompleks,unik,kreatif ,cantik,beautiful,jamil and others la… Mintak2lah dia x bukak blog ni ye.. Segan plak rasanya… Eh x pe la… Kalo dia bukak pun bukan paham bahasa melayu pun… Isshhh.. ape la yang eden merepekkan hari ini… Actually hari ini kat kuliah kami pelajar2 universityni ada wat demonstrasi tentang ketidakpuasanhatian…Betul ke tu… ketidakpuashatian…yang ni ke??? Ntah la.. dah lupa grammar melayu dah sejak sampai ke mesir ni… Sedar x sedar dah 6 bulan dah sampai kat ardul kinanah ni…. Demonstrasi ni diadakan sempena ingin memperingati dan mengenang jasa2 mujahidin di palestin yang saban hari berhadapan dengan maut….Terutamanya tokoh2 besar mereka seperti Syeikh Ahmad Yasin,Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi ,As-Syahid Muhannad dan tokoh2 HAMAS yang lain…. Walaupun agak terlambat sedikit mengadakan demonstrasi tu tapi at least kami still punyai semangat untuk menolong mereka…..Kami harap agar demonstrasi tu berjalan dengan baik dan lancar… Amin….





K la.. Berkenaan demonstrasi tu, Fakulti perubatan( Kuliyyah At-Tibb) kami yang organize… Tapi orang arab la… Kami x campur sekali… Dean kami x bagi …Entahlah kenapa jadi macam tu yerk… Peristiwa pagi tadi pun sebenarnya kami x leh join …Bukan pe takut2 demonstrasi tu bertukar menjadi ganas dan x terkawal….Kalo tengok kat luar university kami setiap hari pasti akan ada polis x pun pasukan FRU yang akan mengawal kawasan sekitarnya…… tapi ana ngan sahabat2 ana x melepaskan peluang untuk menyaksikan demonstrasi para pelajar kuliyyah kami ngan pelajar2 azharian yang lain berarak ke pejabat university untuk menunjukkan kemarahan kami kepada Yahudi walaupun kami sedar akan risikonya…. Ramai la gak yang join perarakan ni… Mula2 diorang berarak beramai2 dan menuju ke idarah kuliyyah kat depan kuliyyah ulum.. Ramai2 la…Saya x melepaskan peluang yang best ni walaupun berbahaya… Tapi tulah… Sebab diorang memperjuangkan rakyat palestin so saya x nak la melepaskan peluang yang terbaik ni untuk sama2 tunjuk perasaan kepada pihak atasan…. Sebenarnya inilah yang kita mahu dari para mahasiswa lebih2 lagi sekarang ni saya dah bergelar Al-Azharian kan… Mahasiswa sepatutnya kena lebih maju mara ke hadapan terutamanya dalam isu2 semasa yang melibatkan masyarakat umumnya…. Terutamanya sekali adalah saudara2 kita yang berada di palestin ni… Dekat sangat ngan mesir… dekat sangat2 …. Tapi dek kerana tiada sensitivity di kalangan pemimpin negara ni maka palestin yang lemah itu dianggap sebagai pengganas… ape punya manusia la…

Selepas kami berarak, pastu kami suma berkumpul betul2 di hadapan Kuliyyah saya… kat sini ada majlis yang bakal berlangsung.. Jam dah menunjukkan pukul 11.43 tengahhari…tetiba encik yazid( ketua kelas) kami datang menghadirkan berita yang sangat best… Kelas Anatomy diawalkan……!!!!!! Pukul 12.30 nanti nak start dah kelas… Maknanya x lamalah eden boleh duk kat haflah ni… Ruginya… Lepas kami berkumpul2 kat depan kuliyyah tu,majlis terus bermula yang dipengerusikan oleh syeikh2 dari kuliyyah Dakwah, Ustaz Muhammad ngan Ustaz Ibrahim, tahun 4… Lantang benor ucapan meraka2 itu…. Walaupun arab AMMI tapi still boleh paham lagi la… Alhamdulillah la…


Inilah barisan pengerusi majlis yang mantop2 belaka… ustaz Ibrahim ngan ustaz Muhammad..

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari seorang syeikh ni… Student la gak .Dia baca ayat dari surah at-taubah ayat 108-112 kat muka surat 204-205 juzuk 11… Memang mengasyikkan dan mensyahdukan..

Pastue majlis kami diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh pasukan nasyid yang didatangkan khas dari kuliyyah at-teeb…. (((orang arab je la yang leh join…. Kami Malaysian x leh join… Nasib bek.. Kalau x memang eden dah join dah)).. Walaupun ada masalah speaker ngan microphone, tapi persembahan diorang not bad la…. Ok la… Cuma pitching tu kena jaga sikit lak( macam juri akademi nasyid plak pokokmangga ni)…. Anyway, mesej yang cuba disampaikan tu memang masuk ke kalbu la… Diorang menyanyi dengan penuh semangat…. Tabik spring la buat mereka…. Kemudian majlis ni diteruskan lagi dengan pertunjukan PENTOMEN….. Pastue saya x sempat la nak join sampai habis sebab Dah kul 12.30 tengahari dah… Alamak!!!... Ruginya… X pelah kurang2nya dapat la intipatinya kan….

Yang bestnya masa kami sedang berhimpun ramai2 tu, tiba2 hujan turun dengan renyainya… Alhamdulillah… dah lama bumi ni x dibasahi dengan hujan… selalunya hujan yang turun di sini adalah hujan yang menunjukkan perubahan cuaca… Tapi hari ni, hujan yang turun tu sangat luar biasa… Diiringi dengan awan yang mendung, hujan yang renyai2 dan ketika itu, kami bersama2 memohon agar doa kami suma untuk keselamatan palestin akan dimaqbulkan………… HIDUP PALESTINE!!!!!... InsyaALLAH..Alhamdulillah everything berlangsung dengan lancar dan selamat tanpa menumpahkan darah pun….Saksikanlah gambar2 yang sempat ana rakamkan semasa kejadian tu…