Salam sahabat2ku sekalian.. Hari ni barulah nak meng-update blog yang biasa2 ni.... Sebelum ni ada kerja yang penting untuk diselesaikan... Macam2 la... Terutamanya assingment histo,anatomy ngan physiology yang masih banyak lagi ni.... Tapi ALhamdulillah la hari ni dapat peluang untuk meng-update blog ni... K la...


Bersempena sambutan MaulidurRasul ni sama2 kita banyakkan selawat ke atas Junjungan besar kita yakni NABI MUHAMMAD S.A.W Seperti mane dalam Al-quran yang menyeru kita untuk bnyak2 selawat ke atas baginda... Cuba try belek Al-Quran sket...

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNYA berselawat untuk Nabi, Wahai Orang-orang yang beriman!, Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya" (al-Ahzab,33:5)

So based on this Aayat, saya dapat membuat kesimpulan yang amat mudah yakni ALLAH sangat2 menyeru kita suma agar banyakkan berselawat ke atas baginda S.A.W x kira masa xkira tempat.... Dan bukannya hanya di 12 rabiul'awal je... Ha ni la yang saya ingin bincangkan bersama sahabat2... Baru2 ni saya ada terbaca satu blog dari mana ntah yang mengatakan tentang hukum menyambut hari Maulidur-Rasul... Katanya dengan penuh bersemangat


"Menyambut hari maulidur rasul ini adalah Bid'ah!!!!!, Kullu bid'ahtul dholalah, wa kullu dhollalah fin nar"


Pastue dia ada bagi tau pasal hujah yang menyokong pernyataan beliau.. Katanya sepanjang hidup baginda,


"Baginda S.A.W mahupun Sahabat2 baginda R.A x pernah pun mengadakan perayaan seperti ini. Ini merupakan benda2 yang baru dan kita WAJIB mencegahnya demi menjaga kemurniaan Islam itu sendiri"

Pastue dia meneruskan,

"Cuba kita lihat di Arab Saudi dan Madinah (HARAMAIN), x ada pun perayaan ini... Ulama'-ulama' di sana semua mengharamkan perayaan ini disambut kerana ianya benda2 yang baru diadakan dan ianya jelas bertentangan dengan apa yang dibawa oleh RASULLULLAH kita.Macam kat Malaysia ni ana tengok macam2 benda bid'ah telah umat Islam kat sini lakukan. Terutamanya tentang perayaan maulidur rasul ni la... belum lagi tahlil,talkin,membaca yasin di malam jumaat, wirid secara jahar selepas solat,marhaban dan lain2 lagi.. Jadi saya menyeru kepada Sahabat2 seislam saya di malaysia ini agar memberhentikan segera segala amalan2 yang berkaitan dengan bid'ah2 ini agar Islam terus terpelihara dengan petunjuk dari Nabi Muhammad S.A.W"


Macam tu la sahabat2... Apakah salah kita yang semata2 ingin meraikan hari maulidur-rasul ini.. Ye memang x ada langsung Nas2 yang mengatakan tentang benda ini... tapi x leh la kita terus menuduh benda ini sebagi bid'ah. Inilah MASALAH BESAR yang tengah melanda kita sekarang. Yakni suka sangat membid'ahkan sesama lain sedangkan kita masih punya banyak masalah lain yang harus kita selesaikan dengan cepat misalnya masalah murtad, penyelewangn al-quran,peperangan di palestin,iraq n afghanistan.. x payah pergi jauh la kat mesia pun sudah bertimbun masalah2 umat islam kita ni termasuklah sumbang mahram,mat rempit,zina yang berleluasa,rasuah yang bertaburan,riba yang menggila,wanita2 islam yang banyak dah rosak,fitnah yang berlambak dan lain2 lagi... saya pun x paham kenapa benda2 ni x pulak diatasi bersama2... Hanya omong2 saja tanpa ngak ada inisiatif untuk membanterasnya...


Bagi pendapat saya sambutan Maulidur Rasul yang ingin disambut di malaysia adalah cenderung untuk menggalakkan umat islam untuk mengingati Rasullulah SAW dan bukannya lebih untuk melakukan bid'ah seperti mana yang diutarakan oleh penulis blog tadi tu. Sapa la yang otai sangat nak buat bid'ah kepada nabi kita ni.???? X da punya. Kalo ada pun sikit2 je bukan ramai. Kalo ada memang teruk la manusia tu.Saya rasa kalo sambutan ni x dilakukan maka ramai la yang akan melupai sirah baginda. Di kesempatan ini juga kita juga boleh la membuat ceramah2 yang berkaitan dengan Nabi sebagai peringatan kepada kita semua..Ha la baginda kan Kekasih Allah...tak kan la benda ni pun digelar bid'ah. Kalo benda ni Bid'ah, maka kenapa ulama'2 ngan mufti2 serta jabatan fatwa x mengeluarkan sebarang pernyataan tentang benda ini... Kenapa mereka ok je dengan sambutan ni tapi tetiba je kuar penulis blog ni yang masih diragukan latar belakang pengajiannya terus menuduh secara melulu bahawa sambutan ni adalah bid'ah.. Bak kata2 pepatah "Ilmu kalau sejengkal jangan menduga laut yang luas"( betul ke ni ha?)

Cumanya kita kadang2 lupa bahawa mengingati Rasullulah SAW bukan hanya pada bulan ni saje yerk. Tetapi kalo boleh tiap2 hari la ingat... Jadikan ianya sebagai Mutabaah amalan kita secara harian, InsyaALLAH kelak Nabi SAW akan membantu kita di saat hari perhitungan kelak seandainya kita masih terkapai2 samada ke syurga mahupun ke neraka.. Hanya Syafaat Allah dan RAsulNYA sahaja yang dapat membantu kita di saat kita sangat2 memerlukan pertolongan... Insyallah.... Buat penulis blog yang tulis macam tadi tu saya nasihatkan agar anda jangan terus menerus membid'ahkan orang lain kerana kita kena kaji dahulu dengan teliti barulah nak terus tuduh... Saya tengok masyarakat Mesir ni pun menyambut maulidur rasul dengan gemilangnya hanya semata2 ingin mengajak umat islam untuk sama2 mengingati junjungan besar kita.... diorang lagi la dahsyat.. setiap kali nak dekat dengan maulidur rasul, diorang akan buat macam BAZAAR macam hari raya kat mesia la.... Tapi kat sini diorang jual manisan2 sambil menyeru orang ramai agar membanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.. Jadi,kita sesama muslimin jangan lah ada perasaan benci-membenci di antara satu sama lain.. Andainya masih wujud lagi perasaan ni maka makin susah la kita untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam seperti dahulu.. Sama-sama lah kita renungkan ye.... ALLAHUMMA SOLI "ALA SAIDINA MUHAMMAD..