Salam sahabat2 sekalian, Hari ni pokokmangga bukan lah ingin memberi atau mengajar kalian2 tentang resepi memasak ye..... Tapi..

Ni la resepi sahabat saya yang sangat 'enak'.. Mane tak nye... "Sayur Kobis Masak Kicap (Hangus)'.. Ntah la macamne bolah jadi macam ni... Saya pun masih confius lagi ni... Mungkin dia nak masukkan kicap tapi x sempat nak letak tup... tup dah hangus dah...

huhuhuhu...
Ni la padahnya kalo kurang mahir nak memasak... bukan apa kalo masak kat rumah senang sikit... bajet pun lebih rendah n lebih comfortable...kalo makan kat luar Ok je cuma kalo kadang2 bleh la...... Alhamdulillah pokokmangga pandai memasak... Kalo setakat tomyam ke kari ayam ke asam laksa ke no hal punya tapi segera la... huhuhu... Macam ni la lifestyle kat mesir...
Hidup kat rumah sewa sendiri.. So kena pandai2 la nak berdikari (berdiri atas kaki sendiri)... Kalo x payah la survive kat negara orang ni....

Pagi tadi saya ada mengikut satu diskusi agama di Hayyu Asyir..... Kami membincangkan tentang penggunaan istilah 'ALLAH' dalam kitab bible... Sekarang ni kan kes ni tengah kecoh kat MAlaysia ... Sekejap ok sekejap x... Ntah la... Konfius la juga eden nak melayan nyo..... Kita ni dekat perantauan terasa la jugak akan implikasi penggunaan istilah itu... Kat Mesir penggunaan istilah 'ALLAH' dalam bible bukan menjadi masalah yang besar.... Ini kerana rakyat2 kat sini bukan la jenis yang mudah tergoyang imannya berbanding di mesia nun.... perbincangan kami ini dibantu oleh seorang ustaz daripada INDONESIA.... Ustaz AKMAL namanya... So, kami meminta respons diretly daripada dia sebab indonesia kan membenarkan istilah 'ALLAH' digunakan dalam bible...

Dia cakap yang penduduk2 kat sana x terkesan pun dengan pengunaan istilah 'ALLAH' itu sebab orang kristian kat sana pun x membaca bible sangat.... pastu rakan saya, Afiq pula memberi respon.... Katanya kes ni sebenarnya dah lama dah nak diperbahaskan... Katanya aritu dia ada join satu program perbandigan agama yang dikendalikan oleh mualaf2 islam yang hebat2 macam Brother Shah Kirit and others... brother Shah Kirit ada bagi tau bahawa inilah masanya atau peluang buat kita semua untuk berdebat dengan orang kristian terutamanya tentang istilah ini. Ye la cuba kita pikir sekejap kenapa tiba2 je orang kristian ni nak menggunakan istilah 'ALLAH' dalam bible... Memang x salah untuk menggunakannya... Hatta dalam Quran sendiri ada menyebutnya... Cuba buka surah yang ke 29 (al-ankabut) ayat 61-63
"Dan jika engkau bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan munundukkan matahari dan bulan? Pasti mereka akan menjawab, "ALLAH". Maka mengapa mereka bisa dipalingkan (dari kebenaran)"(61)..
" Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA dan Dia(pula) yang membatasi baginya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui Segala sesuatu" (62)...
"Dan jika kamu bertanya kepada mereka, " siapakah yang menurunkan air dari langit lalu dengan (air) itu dihidupkannya bumi yang sudah mati? Pasti mereka akn menjawab, "ALLAH"
Katakanlah, "segala puji bagi ALLAH," tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti."(63)
Cumanya........... Mengapa mereka begitu terdesak ingin mengunakan istilah itu walhal natijahnya mereka akan mendustainya.... Sebab itulah mereka berbalah dalam isu Tauhid mereka... Sesetengah penganut mengatakan bahawa Allah itu adalh Bapa Tuhan, Nabi isa itu pula Anak Tuhan... Ada pulak yang mengatakan tauhid mereka adalah TRINITY.. Yakni kewujudan Tuhan itu adalah dalam 3 bentuk tapi tuhan itu satu... teringat saya semasa menonton sesi perdebatan antara Ahmad Deedat ngan seorang paderi tu kat Stockhlom, Sweden... Masa tu Ahmad Deedat tengah membincangkan tentang "Is Bible From the God"... memang best la ... Dia ada menerangkan tentang konsep TRINITY... Katanya "God of Father plus God of Son plus Ruhul qudus equal to one, But they are three but exist in one" Kan aneh konsep Tauhid mereka ni...
Smbung pasal tadi Afiq kata sekarang ni la masanya untuk kita semua turun kepada orang ramai untuk menjelaskn kepada mereka tentang situasi yang sedang terjadi ini.... Pastu rakan saya, Firdaus pula memberi respons.. Katanya penggunaan istilah "Allah" dalam Bible boleh dibenarkan cuma bukan sekarang waktunya kerana majoriti umat islam kat mesia masih belum bersedia untuk menghadapi hal ini... Saya setuju sangat dengan hal ini... Kita kena melihat waqi' sekarang ni yang mana Umat islam kat mesia ni masih belum sedia untuk menerima penggunaan istilah ini dalam bible... Bukan bermaksud kita tidak memberi kebenaran tetapi bukan masanya lagi kerana umat kristian kena paham bahawa tindakan mereka ini akan membawa kecelaruan dalam masyarakat kita ini... Dah la sekarang ni negara tengah bergelut dengan krisis politik n ekonomi. Takkan lah nak adakan krisis baru kot... Baru2 ni diorang nak mintak pulak penggunaan istilah ALLAH dalam Akhbar "Herald".. Yakni Akhbar rasmi kristian di mesia... Yang ni Sahabat saya yang bagi tau... Dia cakap Istilah ALLAH dalam bible x menjadi masalah besar sangat kerana pengeluaran bible adalah sangat2 terhad di mesia dan sangat2 ketat.. memang susah pun nak dapatkannya. Mana da kedai buku yang menjual kitab Bible secara terbuka.. So dia kata x da masalah sangat tentang hal ni... Yang menjadi masalah sekarang ni adalh orang kristian ni nak mintak penggunaan istilah ini dalam akhbar diorang tu... Akhbar diorang tu pulak dibnarkan untuk disebarkan secara terbuka ke seluruh pelusuk negara.. so ini lah sebenarnya yang menjadi masalah yang masih x selesai2 lagi kat mesia... Bagi pendapat saya saya amat menyokong benar la tindakan JAKIM dan MAJLIS AGAMA NEGERI2 dan mufti2 yang kuat menentang hal ini...
Bukan kita menentang hak kebebasan beragama tapi kata orang "AGAK-AGAK" la sikit... Kat mesia tu bukan kristian je yang duduk, tapi banyak lagi agama yang ada kat mesia termasuk la agama yang lurus yakni ISLAM...." Al-Islamu yu'la walam yu'la alaih (kalo ada salah bagi tau ek).... WAALLAHU A"LAM
Jadi, kesimpulannya sama2lah kita mendoakn yang agar agama kita ini senantiasa terpelihara dari dakyah2 jahat oleh orang kafir... Bukan setakat agama kita sahaja malahan yang lebih penting sekali adalah diri kita ini.... Mudah-mudahan kita ini hidup n mati dalam Islam... Dan mudah-mudahan Allah akan memberikan kita kemenangan yang terbaik buat kita dan Islam...... InsyaALLAH...