Kes agama anak: Kenapa lantik Tsu Koon mempengerusi jawatankuasa khas?

DATUK Seri Najib Tun Razak dengan tiba-tiba melantik Koh Tsu Koon mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. Inilah yang berlaku dalam kabinet Najib yang semakin huru hara.

Jawatankuasa berkenaan turut disertai Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.

Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;

1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.

2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.

Saya bukan hendak mempertikaikan keputusan itu. Saya tidak bercadang keluarkan pandangan untuk keputusan itu buat masa ini. Bagi saya bukan masanya lagi, kerana saya dan rakan-rakan pemudawilayah perlu bincang dengan pakar perundangan dan ulama’-ulama’ untuk dapatkan pandangan yang terbaik.

Tetapi apa yang saya ingin bangkitkan disini adalah tentang kerelevanan jawatankuasa ini membuat mesyuarat dan mengemukakan pandangannya atau keputusan terhadap kes berkenaan.

Siapa Tsu Koon, Subramaniam dan Shahrizat? Kalau Jamil saya tak kisah sebab isu agama adalah bidang dia.

Tsu Koon merupakan graduan Universiti Princeton University tahun 1970 dengan Ijazah dalam bidang Fizik kemudian diberikan Ijazah Phd oleh Universiti Chicago dalam bidang ekonomi dan Sosiologi.

Manakala S Subramaniam pula pernah belajar di Universiti Singapura dan mendapat Ijazah dalam bidang Perubatan dan Pembedahan pada 1978. Kemudian beliau menyambung Diploma dalam bidang Perubatan Dermatology di Universiti Wales.

Shahrizat pula direkodkan pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976.

Rekod Jamil Khir Baharom pula menyatakan bahawa beliau pernah mendapat Ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1986 dan Sarjana Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) dari The Graduate School of Islamic and Social Science di Virginia, United States, 2000.

Secara dasarnya, hanya Jamil sahaja yang ada pengetahuan tentang Syariah (Tetapi bukan sudut perundangan yang lengkap), Shahrizat pula berpengalaman dalam undang-undang sivil manakala yang lain pakar ekonomi dan doktor perubatan.

Jadi adakah jawatankuasa Khas yang dibentuk Najib ini punyai autoriti. Layakkah Tsu Koon mempengerusikannya dan membuat satu keputusan yang begitu sensitif. Tsu Koon bukan mufti dan tak layak pun!

Ini bukan tugas orang politik. Saya setuju dengan pandangan ramai pihak terhadap isu ini dan ianya wajar ditangani oleh mereka yang pakar tentang undang-undang dan juga hukum hakam agama serta mampu memahami keperluan agama lain.

Nampaknya Najib belum mampun untuk menangani isu-isu rakyat dengan bijak malah semakin merosakkan keadaan yang sedia tegang. Diharapkan kabinet menarik balik keputusan itu dan juga arahan mereka kepada pihak Mahkamah Syariah diseluruh negara.

Isu perundangan kena bincang dengan pakar dan bila ia libatkan soal hukum Islam maka para mufti wajib dirujuk. Jika Kabinet yang putuskan pindaan undang-undang, apa gunanya Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang selama ini dilihat sebagai tempat bagi mengubal undang-undang.

Sebarang pindaan harus dibawa ke Parlimen bukan setakat perbincangan Menteri-Menteri kabinet yang entah apa kepakarannya?

Demi menjaga perpaduan rakyat, keputusan itu perlulah ditarik balik dan bincangkan dengan pakar. Kabinet tak boleh suka-suka buat keputusan bahawa orang ini boleh masuk Islam atau tidak. Hormatilah kehendaknya dan juga keluarganya.

Sakura kat Mesir...






Anda mesti menyangka bahawa ni mungkin boleh berlaku di jepun ke korea ke... Tapi untuk pengetahuan kalian semua pokok2 bunga yang cantik ini sedang tumbuh di mesir ni.... Dan lebih menariknya ianya tumbuh kat belakang umah saya... agak menarik juga la... Setelah musim sejuk berlalu kini mesir diambang musim bunga.... Macam x caya je... Mesir ada musim bunga... Ni baru kat belakang umah saya... Belum lagi kat HAdiqah Al-azhar lagi.... Lagi menarik....

Tengok la nanti andainya ada kesempatan untuk ke sana.... Lawa sangat tempat tu.... rasa2nya tempat tu la yang paling cantik dan BERSIH di Cairo ni... Agaknya la..... tempat tu located kat Hussain berhampiran ngan Masjid Al-Azhar yang merupakn gedung ilmu kepada islam di mana hampir majority pelajar agama yang adatang ke sini akan berkuliah di sana....

Masa cuti bulan 2 aritu dah pi.... pastu dah tangkap gambar dengan member2 kat sana.... Tapi sayangnya baru2 ni folder back up yang saya buat tu hilang.... banyak la gambar2 ngan video2 yang hilang.... Takpelah nak wat camne kan.... Mungkin ada hikmah di sebaliknya tu.... Mungkin Allah tidak mahu perasaan riyak dalam diri saya ni timbul.... Jadi Allah hilangkannya... Alhamdulillah....

Lama rasanya saya x mengepost sesuatu buat blog saya ni... Alhamdulillah hari ni baru dapat post... sebelum ni x da kesempatan untuk mengepost... Maklumlah... 10/05/2009 ni exam final... start ngan Biochemistry.... Exam dah dekat sangat.... Mungkin lepas ni agak 'liat' la sikit tangan ni untuk menaip sesuatu buat blog ini sebab exam next month... Doa2kanlah agar saya dan juga sahabat2 sekuliah saya akan dapat menyelesaikan exam kami dengan memperolehi MUMTAZ dalam semua subjek.... InsYa ALLAH.......

Baru2 ni saya dapat berita yang mengatakan bahawa bekas rakan sekelas saya bakal mendirikan rumah tangganya pada 13/06/2009 ni... tahniah la kapada sahabatku ini.... Dia ni baik sangat... pandai dalam bahasa arab.... Banyak yang saya belajar daripada dia sebelum saya bertolak ke bumi anbiya' ni... Kiranya dia memang sesuai sangat la kahwin skrang ni.... Sebab dia ngan bakal zaujahnya akan menyambung pelajaran ke Mekah selepas walimah.... Mabruk "alaikuma.... Moga2 Allah Panjangkan jodoh kamu berdua sehingga ke akhir hayat... InsyaALLAH... Tapi ssayangnya saya x dapat untuk pergi ke Kenduri dia.... Kat johor... Lagipun masa tu saya masih lagi dalam fatrah Exam lagi.... X abis lagi tu.... ada physiology plak pada esok harinya tu.... tapi takpelah hanya doa dari sini la yang mampu saya utuskan kepada dia dan zaujahnya... Mudah2an majlis walimah itu akan berlangsung dengan jayanya tanpa ada masalah... InsyaALLAH... Bilalah pulak diri ni hendak berkeluarga???? Ntah la... Tunggulah ada jodoh.... Doa2kanlah...

Buat Fakhri yang komen kat sebelah tu.... Untuk pengetahuan enta tahun ni mungkin ana x dapat balik ke mesia kot.... Bukan x nak balik mesia tapi ana ngan sahbat2 ana yang lain akan ke mekah selepas exam ni.... InsyaALLAH.... Nak wat umrah... Doa2kanlah mudah2an ana dapat sampai ke sana dengan selamatnya... Maknanya makin menebal lah rindu hatiku ini untuk memeluk emak ngan abahku di rumah sana.... Dan juga rindu kepada sahabat2ku semua samaada di sbpigopeng ngan Dq... Rindu sangat kat entum suma...

Mungkin sampai di sini sahaja coretan hatiku ini... Biasalah dah lama x post... Mintak maaf la kepada sahabat2 yang asyik buka blog saya tapi x de post baru....Maaliz sangat2.... Anyway syukran jazilan lah kerana sudi untuk membuka blog saya ni... Moga2 Allah sahajalah yang akan membalas segala budi baik entum semua... InsyaALLAH