DATUK Seri Najib Tun Razak dengan tiba-tiba melantik Koh Tsu Koon mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. Inilah yang berlaku dalam kabinet Najib yang semakin huru hara.
Jawatankuasa berkenaan turut disertai Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.
Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;
1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.
2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.
Saya bukan hendak mempertikaikan keputusan itu. Saya tidak bercadang keluarkan pandangan untuk keputusan itu buat masa ini. Bagi saya bukan masanya lagi, kerana saya dan rakan-rakan pemudawilayah perlu bincang dengan pakar perundangan dan ulama’-ulama’ untuk dapatkan pandangan yang terbaik.
Tetapi apa yang saya ingin bangkitkan disini adalah tentang kerelevanan jawatankuasa ini membuat mesyuarat dan mengemukakan pandangannya atau keputusan terhadap kes berkenaan.
Siapa Tsu Koon, Subramaniam dan Shahrizat? Kalau Jamil saya tak kisah sebab isu agama adalah bidang dia.
Tsu Koon merupakan graduan Universiti Princeton University tahun 1970 dengan Ijazah dalam bidang Fizik kemudian diberikan Ijazah Phd oleh Universiti Chicago dalam bidang ekonomi dan Sosiologi.
Manakala S Subramaniam pula pernah belajar di Universiti Singapura dan mendapat Ijazah dalam bidang Perubatan dan Pembedahan pada 1978. Kemudian beliau menyambung Diploma dalam bidang Perubatan Dermatology di Universiti Wales.
Shahrizat pula direkodkan pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976.
Rekod Jamil Khir Baharom pula menyatakan bahawa beliau pernah mendapat Ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1986 dan Sarjana Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) dari The Graduate School of Islamic and Social Science di Virginia, United States, 2000.
Secara dasarnya, hanya Jamil sahaja yang ada pengetahuan tentang Syariah (Tetapi bukan sudut perundangan yang lengkap), Shahrizat pula berpengalaman dalam undang-undang sivil manakala yang lain pakar ekonomi dan doktor perubatan.
Jadi adakah jawatankuasa Khas yang dibentuk Najib ini punyai autoriti. Layakkah Tsu Koon mempengerusikannya dan membuat satu keputusan yang begitu sensitif. Tsu Koon bukan mufti dan tak layak pun!
Ini bukan tugas orang politik. Saya setuju dengan pandangan ramai pihak terhadap isu ini dan ianya wajar ditangani oleh mereka yang pakar tentang undang-undang dan juga hukum hakam agama serta mampu memahami keperluan agama lain.
Nampaknya Najib belum mampun untuk menangani isu-isu rakyat dengan bijak malah semakin merosakkan keadaan yang sedia tegang. Diharapkan kabinet menarik balik keputusan itu dan juga arahan mereka kepada pihak Mahkamah Syariah diseluruh negara.
Isu perundangan kena bincang dengan pakar dan bila ia libatkan soal hukum Islam maka para mufti wajib dirujuk. Jika Kabinet yang putuskan pindaan undang-undang, apa gunanya Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang selama ini dilihat sebagai tempat bagi mengubal undang-undang.
Sebarang pindaan harus dibawa ke Parlimen bukan setakat perbincangan Menteri-Menteri kabinet yang entah apa kepakarannya?
Demi menjaga perpaduan rakyat, keputusan itu perlulah ditarik balik dan bincangkan dengan pakar. Kabinet tak boleh suka-suka buat keputusan bahawa orang ini boleh masuk Islam atau tidak. Hormatilah kehendaknya dan juga keluarganya.
Kes agama anak: Kenapa lantik Tsu Koon mempengerusi jawatankuasa khas?
Author: Pokok mangga Posted under:
0 Any Respons:
Catat Ulasan