Demo Kat Universiti

Assalamualaikum sahabat2 sekalian… dah lama rasanya eden x update blog ni…. Ni rasa macam gatal tangan nak taip hari ni… nak lepaskan tension belajar…. Huhuhu…

“MEDIC IS A STUFF SCIENCE”

kata2 professor dr. Khaleel Ali… Prof Biochem eden yang paling eden suka n sayangi…. Stailo,macho,bergaya tapi sangat berilmu dan zuhud orangnya… Selalu sangat dia kaitkan biochem ni ngan ayat2 quran dan banyak kali mengajak kami untuk bersyukur dengan penciptaan ALLAH yang sangat kompleks,unik,kreatif ,cantik,beautiful,jamil and others la… Mintak2lah dia x bukak blog ni ye.. Segan plak rasanya… Eh x pe la… Kalo dia bukak pun bukan paham bahasa melayu pun… Isshhh.. ape la yang eden merepekkan hari ini… Actually hari ini kat kuliah kami pelajar2 universityni ada wat demonstrasi tentang ketidakpuasanhatian…Betul ke tu… ketidakpuashatian…yang ni ke??? Ntah la.. dah lupa grammar melayu dah sejak sampai ke mesir ni… Sedar x sedar dah 6 bulan dah sampai kat ardul kinanah ni…. Demonstrasi ni diadakan sempena ingin memperingati dan mengenang jasa2 mujahidin di palestin yang saban hari berhadapan dengan maut….Terutamanya tokoh2 besar mereka seperti Syeikh Ahmad Yasin,Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi ,As-Syahid Muhannad dan tokoh2 HAMAS yang lain…. Walaupun agak terlambat sedikit mengadakan demonstrasi tu tapi at least kami still punyai semangat untuk menolong mereka…..Kami harap agar demonstrasi tu berjalan dengan baik dan lancar… Amin….





K la.. Berkenaan demonstrasi tu, Fakulti perubatan( Kuliyyah At-Tibb) kami yang organize… Tapi orang arab la… Kami x campur sekali… Dean kami x bagi …Entahlah kenapa jadi macam tu yerk… Peristiwa pagi tadi pun sebenarnya kami x leh join …Bukan pe takut2 demonstrasi tu bertukar menjadi ganas dan x terkawal….Kalo tengok kat luar university kami setiap hari pasti akan ada polis x pun pasukan FRU yang akan mengawal kawasan sekitarnya…… tapi ana ngan sahabat2 ana x melepaskan peluang untuk menyaksikan demonstrasi para pelajar kuliyyah kami ngan pelajar2 azharian yang lain berarak ke pejabat university untuk menunjukkan kemarahan kami kepada Yahudi walaupun kami sedar akan risikonya…. Ramai la gak yang join perarakan ni… Mula2 diorang berarak beramai2 dan menuju ke idarah kuliyyah kat depan kuliyyah ulum.. Ramai2 la…Saya x melepaskan peluang yang best ni walaupun berbahaya… Tapi tulah… Sebab diorang memperjuangkan rakyat palestin so saya x nak la melepaskan peluang yang terbaik ni untuk sama2 tunjuk perasaan kepada pihak atasan…. Sebenarnya inilah yang kita mahu dari para mahasiswa lebih2 lagi sekarang ni saya dah bergelar Al-Azharian kan… Mahasiswa sepatutnya kena lebih maju mara ke hadapan terutamanya dalam isu2 semasa yang melibatkan masyarakat umumnya…. Terutamanya sekali adalah saudara2 kita yang berada di palestin ni… Dekat sangat ngan mesir… dekat sangat2 …. Tapi dek kerana tiada sensitivity di kalangan pemimpin negara ni maka palestin yang lemah itu dianggap sebagai pengganas… ape punya manusia la…

Selepas kami berarak, pastu kami suma berkumpul betul2 di hadapan Kuliyyah saya… kat sini ada majlis yang bakal berlangsung.. Jam dah menunjukkan pukul 11.43 tengahhari…tetiba encik yazid( ketua kelas) kami datang menghadirkan berita yang sangat best… Kelas Anatomy diawalkan……!!!!!! Pukul 12.30 nanti nak start dah kelas… Maknanya x lamalah eden boleh duk kat haflah ni… Ruginya… Lepas kami berkumpul2 kat depan kuliyyah tu,majlis terus bermula yang dipengerusikan oleh syeikh2 dari kuliyyah Dakwah, Ustaz Muhammad ngan Ustaz Ibrahim, tahun 4… Lantang benor ucapan meraka2 itu…. Walaupun arab AMMI tapi still boleh paham lagi la… Alhamdulillah la…


Inilah barisan pengerusi majlis yang mantop2 belaka… ustaz Ibrahim ngan ustaz Muhammad..

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari seorang syeikh ni… Student la gak .Dia baca ayat dari surah at-taubah ayat 108-112 kat muka surat 204-205 juzuk 11… Memang mengasyikkan dan mensyahdukan..

Pastue majlis kami diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh pasukan nasyid yang didatangkan khas dari kuliyyah at-teeb…. (((orang arab je la yang leh join…. Kami Malaysian x leh join… Nasib bek.. Kalau x memang eden dah join dah)).. Walaupun ada masalah speaker ngan microphone, tapi persembahan diorang not bad la…. Ok la… Cuma pitching tu kena jaga sikit lak( macam juri akademi nasyid plak pokokmangga ni)…. Anyway, mesej yang cuba disampaikan tu memang masuk ke kalbu la… Diorang menyanyi dengan penuh semangat…. Tabik spring la buat mereka…. Kemudian majlis ni diteruskan lagi dengan pertunjukan PENTOMEN….. Pastue saya x sempat la nak join sampai habis sebab Dah kul 12.30 tengahari dah… Alamak!!!... Ruginya… X pelah kurang2nya dapat la intipatinya kan….

Yang bestnya masa kami sedang berhimpun ramai2 tu, tiba2 hujan turun dengan renyainya… Alhamdulillah… dah lama bumi ni x dibasahi dengan hujan… selalunya hujan yang turun di sini adalah hujan yang menunjukkan perubahan cuaca… Tapi hari ni, hujan yang turun tu sangat luar biasa… Diiringi dengan awan yang mendung, hujan yang renyai2 dan ketika itu, kami bersama2 memohon agar doa kami suma untuk keselamatan palestin akan dimaqbulkan………… HIDUP PALESTINE!!!!!... InsyaALLAH..Alhamdulillah everything berlangsung dengan lancar dan selamat tanpa menumpahkan darah pun….Saksikanlah gambar2 yang sempat ana rakamkan semasa kejadian tu…








SELAWATLAH KE ATASNYA.....



Salam sahabat2ku sekalian.. Hari ni barulah nak meng-update blog yang biasa2 ni.... Sebelum ni ada kerja yang penting untuk diselesaikan... Macam2 la... Terutamanya assingment histo,anatomy ngan physiology yang masih banyak lagi ni.... Tapi ALhamdulillah la hari ni dapat peluang untuk meng-update blog ni... K la...


Bersempena sambutan MaulidurRasul ni sama2 kita banyakkan selawat ke atas Junjungan besar kita yakni NABI MUHAMMAD S.A.W Seperti mane dalam Al-quran yang menyeru kita untuk bnyak2 selawat ke atas baginda... Cuba try belek Al-Quran sket...

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNYA berselawat untuk Nabi, Wahai Orang-orang yang beriman!, Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya" (al-Ahzab,33:5)

So based on this Aayat, saya dapat membuat kesimpulan yang amat mudah yakni ALLAH sangat2 menyeru kita suma agar banyakkan berselawat ke atas baginda S.A.W x kira masa xkira tempat.... Dan bukannya hanya di 12 rabiul'awal je... Ha ni la yang saya ingin bincangkan bersama sahabat2... Baru2 ni saya ada terbaca satu blog dari mana ntah yang mengatakan tentang hukum menyambut hari Maulidur-Rasul... Katanya dengan penuh bersemangat


"Menyambut hari maulidur rasul ini adalah Bid'ah!!!!!, Kullu bid'ahtul dholalah, wa kullu dhollalah fin nar"


Pastue dia ada bagi tau pasal hujah yang menyokong pernyataan beliau.. Katanya sepanjang hidup baginda,


"Baginda S.A.W mahupun Sahabat2 baginda R.A x pernah pun mengadakan perayaan seperti ini. Ini merupakan benda2 yang baru dan kita WAJIB mencegahnya demi menjaga kemurniaan Islam itu sendiri"

Pastue dia meneruskan,

"Cuba kita lihat di Arab Saudi dan Madinah (HARAMAIN), x ada pun perayaan ini... Ulama'-ulama' di sana semua mengharamkan perayaan ini disambut kerana ianya benda2 yang baru diadakan dan ianya jelas bertentangan dengan apa yang dibawa oleh RASULLULLAH kita.Macam kat Malaysia ni ana tengok macam2 benda bid'ah telah umat Islam kat sini lakukan. Terutamanya tentang perayaan maulidur rasul ni la... belum lagi tahlil,talkin,membaca yasin di malam jumaat, wirid secara jahar selepas solat,marhaban dan lain2 lagi.. Jadi saya menyeru kepada Sahabat2 seislam saya di malaysia ini agar memberhentikan segera segala amalan2 yang berkaitan dengan bid'ah2 ini agar Islam terus terpelihara dengan petunjuk dari Nabi Muhammad S.A.W"


Macam tu la sahabat2... Apakah salah kita yang semata2 ingin meraikan hari maulidur-rasul ini.. Ye memang x ada langsung Nas2 yang mengatakan tentang benda ini... tapi x leh la kita terus menuduh benda ini sebagi bid'ah. Inilah MASALAH BESAR yang tengah melanda kita sekarang. Yakni suka sangat membid'ahkan sesama lain sedangkan kita masih punya banyak masalah lain yang harus kita selesaikan dengan cepat misalnya masalah murtad, penyelewangn al-quran,peperangan di palestin,iraq n afghanistan.. x payah pergi jauh la kat mesia pun sudah bertimbun masalah2 umat islam kita ni termasuklah sumbang mahram,mat rempit,zina yang berleluasa,rasuah yang bertaburan,riba yang menggila,wanita2 islam yang banyak dah rosak,fitnah yang berlambak dan lain2 lagi... saya pun x paham kenapa benda2 ni x pulak diatasi bersama2... Hanya omong2 saja tanpa ngak ada inisiatif untuk membanterasnya...


Bagi pendapat saya sambutan Maulidur Rasul yang ingin disambut di malaysia adalah cenderung untuk menggalakkan umat islam untuk mengingati Rasullulah SAW dan bukannya lebih untuk melakukan bid'ah seperti mana yang diutarakan oleh penulis blog tadi tu. Sapa la yang otai sangat nak buat bid'ah kepada nabi kita ni.???? X da punya. Kalo ada pun sikit2 je bukan ramai. Kalo ada memang teruk la manusia tu.Saya rasa kalo sambutan ni x dilakukan maka ramai la yang akan melupai sirah baginda. Di kesempatan ini juga kita juga boleh la membuat ceramah2 yang berkaitan dengan Nabi sebagai peringatan kepada kita semua..Ha la baginda kan Kekasih Allah...tak kan la benda ni pun digelar bid'ah. Kalo benda ni Bid'ah, maka kenapa ulama'2 ngan mufti2 serta jabatan fatwa x mengeluarkan sebarang pernyataan tentang benda ini... Kenapa mereka ok je dengan sambutan ni tapi tetiba je kuar penulis blog ni yang masih diragukan latar belakang pengajiannya terus menuduh secara melulu bahawa sambutan ni adalah bid'ah.. Bak kata2 pepatah "Ilmu kalau sejengkal jangan menduga laut yang luas"( betul ke ni ha?)

Cumanya kita kadang2 lupa bahawa mengingati Rasullulah SAW bukan hanya pada bulan ni saje yerk. Tetapi kalo boleh tiap2 hari la ingat... Jadikan ianya sebagai Mutabaah amalan kita secara harian, InsyaALLAH kelak Nabi SAW akan membantu kita di saat hari perhitungan kelak seandainya kita masih terkapai2 samada ke syurga mahupun ke neraka.. Hanya Syafaat Allah dan RAsulNYA sahaja yang dapat membantu kita di saat kita sangat2 memerlukan pertolongan... Insyallah.... Buat penulis blog yang tulis macam tadi tu saya nasihatkan agar anda jangan terus menerus membid'ahkan orang lain kerana kita kena kaji dahulu dengan teliti barulah nak terus tuduh... Saya tengok masyarakat Mesir ni pun menyambut maulidur rasul dengan gemilangnya hanya semata2 ingin mengajak umat islam untuk sama2 mengingati junjungan besar kita.... diorang lagi la dahsyat.. setiap kali nak dekat dengan maulidur rasul, diorang akan buat macam BAZAAR macam hari raya kat mesia la.... Tapi kat sini diorang jual manisan2 sambil menyeru orang ramai agar membanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.. Jadi,kita sesama muslimin jangan lah ada perasaan benci-membenci di antara satu sama lain.. Andainya masih wujud lagi perasaan ni maka makin susah la kita untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam seperti dahulu.. Sama-sama lah kita renungkan ye.... ALLAHUMMA SOLI "ALA SAIDINA MUHAMMAD..




Apa Ni...??


Salam sahabat2 sekalian, Hari ni pokokmangga bukan lah ingin memberi atau mengajar kalian2 tentang resepi memasak ye..... Tapi..

Ni la resepi sahabat saya yang sangat 'enak'.. Mane tak nye... "Sayur Kobis Masak Kicap (Hangus)'.. Ntah la macamne bolah jadi macam ni... Saya pun masih confius lagi ni... Mungkin dia nak masukkan kicap tapi x sempat nak letak tup... tup dah hangus dah...

huhuhuhu...
Ni la padahnya kalo kurang mahir nak memasak... bukan apa kalo masak kat rumah senang sikit... bajet pun lebih rendah n lebih comfortable...kalo makan kat luar Ok je cuma kalo kadang2 bleh la...... Alhamdulillah pokokmangga pandai memasak... Kalo setakat tomyam ke kari ayam ke asam laksa ke no hal punya tapi segera la... huhuhu... Macam ni la lifestyle kat mesir...
Hidup kat rumah sewa sendiri.. So kena pandai2 la nak berdikari (berdiri atas kaki sendiri)... Kalo x payah la survive kat negara orang ni....

Pagi tadi saya ada mengikut satu diskusi agama di Hayyu Asyir..... Kami membincangkan tentang penggunaan istilah 'ALLAH' dalam kitab bible... Sekarang ni kan kes ni tengah kecoh kat MAlaysia ... Sekejap ok sekejap x... Ntah la... Konfius la juga eden nak melayan nyo..... Kita ni dekat perantauan terasa la jugak akan implikasi penggunaan istilah itu... Kat Mesir penggunaan istilah 'ALLAH' dalam bible bukan menjadi masalah yang besar.... Ini kerana rakyat2 kat sini bukan la jenis yang mudah tergoyang imannya berbanding di mesia nun.... perbincangan kami ini dibantu oleh seorang ustaz daripada INDONESIA.... Ustaz AKMAL namanya... So, kami meminta respons diretly daripada dia sebab indonesia kan membenarkan istilah 'ALLAH' digunakan dalam bible...

Dia cakap yang penduduk2 kat sana x terkesan pun dengan pengunaan istilah 'ALLAH' itu sebab orang kristian kat sana pun x membaca bible sangat.... pastu rakan saya, Afiq pula memberi respon.... Katanya kes ni sebenarnya dah lama dah nak diperbahaskan... Katanya aritu dia ada join satu program perbandigan agama yang dikendalikan oleh mualaf2 islam yang hebat2 macam Brother Shah Kirit and others... brother Shah Kirit ada bagi tau bahawa inilah masanya atau peluang buat kita semua untuk berdebat dengan orang kristian terutamanya tentang istilah ini. Ye la cuba kita pikir sekejap kenapa tiba2 je orang kristian ni nak menggunakan istilah 'ALLAH' dalam bible... Memang x salah untuk menggunakannya... Hatta dalam Quran sendiri ada menyebutnya... Cuba buka surah yang ke 29 (al-ankabut) ayat 61-63
"Dan jika engkau bertanya kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan munundukkan matahari dan bulan? Pasti mereka akan menjawab, "ALLAH". Maka mengapa mereka bisa dipalingkan (dari kebenaran)"(61)..
" Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA dan Dia(pula) yang membatasi baginya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui Segala sesuatu" (62)...
"Dan jika kamu bertanya kepada mereka, " siapakah yang menurunkan air dari langit lalu dengan (air) itu dihidupkannya bumi yang sudah mati? Pasti mereka akn menjawab, "ALLAH"
Katakanlah, "segala puji bagi ALLAH," tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti."(63)
Cumanya........... Mengapa mereka begitu terdesak ingin mengunakan istilah itu walhal natijahnya mereka akan mendustainya.... Sebab itulah mereka berbalah dalam isu Tauhid mereka... Sesetengah penganut mengatakan bahawa Allah itu adalh Bapa Tuhan, Nabi isa itu pula Anak Tuhan... Ada pulak yang mengatakan tauhid mereka adalah TRINITY.. Yakni kewujudan Tuhan itu adalah dalam 3 bentuk tapi tuhan itu satu... teringat saya semasa menonton sesi perdebatan antara Ahmad Deedat ngan seorang paderi tu kat Stockhlom, Sweden... Masa tu Ahmad Deedat tengah membincangkan tentang "Is Bible From the God"... memang best la ... Dia ada menerangkan tentang konsep TRINITY... Katanya "God of Father plus God of Son plus Ruhul qudus equal to one, But they are three but exist in one" Kan aneh konsep Tauhid mereka ni...
Smbung pasal tadi Afiq kata sekarang ni la masanya untuk kita semua turun kepada orang ramai untuk menjelaskn kepada mereka tentang situasi yang sedang terjadi ini.... Pastu rakan saya, Firdaus pula memberi respons.. Katanya penggunaan istilah "Allah" dalam Bible boleh dibenarkan cuma bukan sekarang waktunya kerana majoriti umat islam kat mesia masih belum bersedia untuk menghadapi hal ini... Saya setuju sangat dengan hal ini... Kita kena melihat waqi' sekarang ni yang mana Umat islam kat mesia ni masih belum sedia untuk menerima penggunaan istilah ini dalam bible... Bukan bermaksud kita tidak memberi kebenaran tetapi bukan masanya lagi kerana umat kristian kena paham bahawa tindakan mereka ini akan membawa kecelaruan dalam masyarakat kita ini... Dah la sekarang ni negara tengah bergelut dengan krisis politik n ekonomi. Takkan lah nak adakan krisis baru kot... Baru2 ni diorang nak mintak pulak penggunaan istilah ALLAH dalam Akhbar "Herald".. Yakni Akhbar rasmi kristian di mesia... Yang ni Sahabat saya yang bagi tau... Dia cakap Istilah ALLAH dalam bible x menjadi masalah besar sangat kerana pengeluaran bible adalah sangat2 terhad di mesia dan sangat2 ketat.. memang susah pun nak dapatkannya. Mana da kedai buku yang menjual kitab Bible secara terbuka.. So dia kata x da masalah sangat tentang hal ni... Yang menjadi masalah sekarang ni adalh orang kristian ni nak mintak penggunaan istilah ini dalam akhbar diorang tu... Akhbar diorang tu pulak dibnarkan untuk disebarkan secara terbuka ke seluruh pelusuk negara.. so ini lah sebenarnya yang menjadi masalah yang masih x selesai2 lagi kat mesia... Bagi pendapat saya saya amat menyokong benar la tindakan JAKIM dan MAJLIS AGAMA NEGERI2 dan mufti2 yang kuat menentang hal ini...
Bukan kita menentang hak kebebasan beragama tapi kata orang "AGAK-AGAK" la sikit... Kat mesia tu bukan kristian je yang duduk, tapi banyak lagi agama yang ada kat mesia termasuk la agama yang lurus yakni ISLAM...." Al-Islamu yu'la walam yu'la alaih (kalo ada salah bagi tau ek).... WAALLAHU A"LAM
Jadi, kesimpulannya sama2lah kita mendoakn yang agar agama kita ini senantiasa terpelihara dari dakyah2 jahat oleh orang kafir... Bukan setakat agama kita sahaja malahan yang lebih penting sekali adalah diri kita ini.... Mudah-mudahan kita ini hidup n mati dalam Islam... Dan mudah-mudahan Allah akan memberikan kita kemenangan yang terbaik buat kita dan Islam...... InsyaALLAH...

ALLAH SELAMATKAN KAMU!!!!!!!!!

ALLAH SELAMATKAN KAMU....
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN AFIF.... ALLAH SELAMATKAN KAMU.....

Dah 20 tahun pun umur enta Afif....
Semalam saya ngan semua ahli bait mengadakan 'Surprise' buat beliau..... huhuhuhu... Kesian dia... Kena surprise ngan kami suma..... Pokokmangga punya idea la ni..... tapi xpe... Malam tadi dapat la gak pekena 'FIRAH MASYWI' ( Ayam bakar ) mesir punya.... Memang x larat nak makan ooowwwwhh....... 2 ekor kami belasah... memang berbaloi la semalam

Ape2 hal pun, Selamat menyambut hari lahir yang ke-20 buat sahabatku ini... Dah dewasa dah pun beliau ini... Boleh jadi bapak orang dah pun.... Umur dah meningkat.... amalan macam mane pulak ye??? Harap2 amalanmu diretly proportional with umurmu... InsyaALLAH....

ISBIR YA SODIQI!!!!

Semalam saya ngan sahabat ana pergi ke kuliah pengajian agama di Rumah Kedah..... Sheikh Ashrof nama beliau. Dia mengajar kitab tajweed billughatill arabiah( fusha). dia jugak test bacaan kitaorang suma.... Al-fatihah ngan al-baqarah... Alhamdulillah fatihah saya lepas ngan MUMTAZ(Ceh...!!!!) Best la gak tapi saya terlewat sket la hari tu sebab bas untuk ke Sabie' dari Asyir memang payah nak dapat.... Kalo TREMCO senang la gak.... Tapi mahal sket la... khomsu sab'ien ( 7.5 kupang )... Selalunya bleh je dapat nos (5 kupang) je... besa la tu orang arab-MESIR.... tu la yang menyebabkan saya selalu je gaduh ngan diorang.... Bukan pe kekadang gadoh ngan diorang kita dapat meningkatkan vocab arab...(" Tapi buat pelajar2 lain jangan la tiru perangai saya ni ye! Please! Don't try this at ur home...!!!) huhuhuhuhu..


Baru2 ni pun ada gak gadoh ngan depa ni... bukan pe, arab ni sje je yang kenakan orang mesia... Critanya macam ni... Pagi tu saya ngan ahli bait lambat ke kelas.... so terpaksa le ambik bas 1.50 genih untuk ke kuliah.... masa nek tu macam besa la.. berDIRI la jawabnya... bayar mahal tapi kena berdiri... Tak pe la... Sabo je la... Pastu saya mengeluarkan 10 genih untuk membayar buat sahabat saya yang lain sebab depa x bawak duit kecik ( misy fakah)... so saya bayar la untuk zahir,firdaus ngan afif.... so pemandu bas tu bagilah tiket kat kami....


Nak dijadikan cerita firdaus ni dapat tempat duduk kat sebelah sorang banat ni.... Budak medic Ain Shams rasanya sebab masa sampai kat hentian al-azhar(banat) diorang x turun... Firdaus x amik pun tiket tadi... sebab afif tolong pegangkan... x pe la... Di pertengahan jalan, ada konduktor arab ni masuk bas... ape lagi check tiket suma orang la... x pe la..Masa tu saya ngan,firdaus,acop ngan afif kat belakang gak la.... mamat arab ni pun check la tiket kami suma.... Masa dia check tiket afif dia amik satu dari tiket tu.... Pastu afif katalah kat mamat arab ni..."Di tazkir bita'ie ma'a zamili hena"(tiket ni saya ngan kawan saya punya kat sini) dia pun balas balik ,"Aiwah!"(ya)...


Pastu dia pegi la kat depan tu jumpa ngan pemandu bas... Entah apa la yang dibincangkan ngan pemandu tu...Gelak2 pulak... Saya x dengar sangat masa tu sebab tengah sembang ngan acop... Tetiba je dia datang ke arah kami saya... Kami suma berdiri kecuali firdaus (sebab dia tengah duduk) tiba2 je dia cakap kat firdaus dengan suara yang tinggi " Ya Malizi, Ana aiz genih wannos kaman!!!!!!!!!"( hei malaysian, saya nak segenih ngan nos lagi...!!!!!)


Ape hal pulak ni mamat ni... Pastu Firdaus cakap la yang dia dah bayar tadi... Pastu Afif masuk campur... Arab tu pun tanya kat dia mane tiket... Dia tunjuk, pastu dia tanya firdaus "Fiin tazkiratuka?"(mana tiket kamu?).. Dia pun gelabah la sket.. dia just kata dia dah bayar pakai duit saya tadi pastu tiket dia tadi mamat arab ni la yang ambik... Pastu saya pun masuk campur la (cehhh!!! Bajet hero la konon)


masa tu la saya ngan arab tu gadoh... saya main cakap je apa2 perkataan.. Ha la nak defence kawan la kan.... mane leh wat gi tu....Dia masih x puas hati lagi.. Pastu saya pun tengking kat dia dalam bahasa melayu "Hei! nak kena ketok Ker????!?!?!?!??" ape lagi senyap terus mamat tu.... Ade ke patut orang dah bayar dia nak mintak lagi.... Banyak catik muka beliau....Dia pun terus pergi dari situ....Suma tengok kat saya ngan kawan2 masa tengah gadoh tu... ada gak bdak melayu yang nek skali ngan bas kami.. Diorang gelakkan kami plak... Sampai hati....X pe la... Mungkin depa pun takut nak gadoh ngan orang arab kot.. Mamat arab ni pun terus keluar dari bas tu ngan gelak2....


Rupa2nya dia saje je nak permainkan kami pagi tu... CIS....!!!! Bedebah tul punya arab! Zahir yang duduk kat depan menceritakan hal yang sebenarnya kepada kami masa sampai kat kuliah...x pe la... kurang2 pun peristiwa ni telah mengajar saya banyak benda.... Yang paling utma adalah MANTAPKAN LAGI BAHASA ARAB KAMU TU WAHAI POKOK MANGGA oiii,,, tengah2 marah leh lak terkeluar bahasa melayu... huhuhuhu.. ade ke patut... Yang kedua,jangan la nak bas tu lagii.. kompom REJECTED dah bas tu... Yang ketiga, lain kali pegi awal ke kelas... Leh la dapat bas yang baik sket.... Yang keempat... banyak2 la bersabar ye POKOK MANGGA oii... sebab MESIR ni kan dieja macam ni( mim,sod,ra)


Mim-MUSIBAH

Sod-SABAR

Ra-REDHA




Terima je la ..........