Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun 1430H bernilai LE 10. Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir.

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran, boleh dilakukan melalui Bendahari BKAN dan DPM masing-masing ataupun terus membuat bayaran kepada Bendahari Kehormat PMRAM. Pungutan bayaran zakat akan dilakukan pada 16 September 2009 dan akan diagihkan dalam tempoh seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Bendahari Kehormat PMRAM di talian +20112600698 ataupun +20167825835.

"BERSAMA MENGEJAR LAILATUL QADAR"

from here ( member lama )