Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunatyang pernah dilakukan oleh nabi : “Tidur yang sedikit di waktu tengahhari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya.



Imam Al-Ghazali RA di dalam kitbnya ‘ Ihya’ Ulumuddin’ telah berkata : “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.







Islam mempunyai pandagan tertentu tentang tidur tengahhari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai yang keji. Tidur hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk malaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.




Dewasa ini, berpandukan kepada kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahhari, didapati amat berkesan untuk mempertingkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industry dan pasca-industri telah menunjukkan bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahhari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. (“Napping News: Scientific Proof Confirms: Napping enhances worker productivity,” from eFuse)




Waktu tengahhari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana system badan kita memang bersedia untuk memanfaatkjan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai ‘ a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a secondary sleep gate’. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahhari ini adalah Dr. Willam A. Anthony, Ph.D dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of Nappping at Work’.





Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping. Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahhari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur di tengahhari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchang: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com) . Sunnah tidur tengahhari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini. Mari sahabat-sahabat, kita memperkasakan Sunnah nabi ini…