“Mungkin ramai di kalangan umat islam tidak menyedari mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal. Kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan ALLAH SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,iatu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah ALLAH SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan ALLAH SWT dan mereka mengalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan system pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
· Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
· Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
· Melegakan sakit Hernia(burut).
· Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
· Melegakan peparu daripada ketegangan.
· Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks dan limpa.
· Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
· Meringankan bahagian pelvis
· Memberi dorongan supaya mudah tidur.
· Menggerakkan otot bahu ,dada, leher,perut serta punggung ketika sujud dan bangun daripada sujud.
· Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastic, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
· Bagi wanita,pergerakan otot itu menjadikan buah dadanay lebih baik, mudah berfumgsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada kanser buah dada.
· Mengurangkan kegemukan.
· Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah berfungsi kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
· Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
· Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya..
Dari segi psikologi pula,sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sikap sombong,riak,takbur dan sebagainya.
Dari aspek perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna….MasyaALLAH.. Marilah sahabat2 kita perbanyakkan sujud…