YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato' Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

1)Pembubaran DUN.
2)Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
3)Meletak jawatan.


Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar.Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat.


"UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato' Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.


FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.

BN – 28 KERUSI
PR – 28 KERUSI
BEBAS – 3 KERUSI


-ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELOMPAT.
KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT.


-KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.


-DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.


BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG

AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO' SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.

  • NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
  • NIZAR DERHAKA
  • NIZAR SAMAN SULTAN
  • NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM

Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.

- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.

- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal. klik disinihttp://perisik-rakyat.com/2009/02/fakta-krisis-perlembagaan-di-perak.html

Pokok mangga bukan la ingin menyebelahi mane2 pihak tapi tuan2 dan puan2 bleh la membuat perhitungan yang adil agar segala salah paham yang berlaku sekarang ni dapat diselesaikan dengan segera... INSYAALLAH... Jika ada komen marilah sama2 berkongsi...