Suatu hari, rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa bersamanya beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pati terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak..... Kenapa yerk...??? Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya . Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian turut mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya". Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan menperkecikkan pemberian seseorang biarpun benda itu tidak baik, dari orang bukan islam pula. wanita kafir itu pulang dengan hati kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan untuk mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu... Malangnya tidak berjaya... Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Macam tu la kesahnya.... hikmahnya di sini adalah kita hendaklah mencontohi akhlak baginda ini yang sngat mulia.. Walaupun baginda sudah tahu akibatnya namun demi menjaga hati orang lain, baginda sanggup menerimanya.... Harap kita dapat mencontohi baginda... InsyaALLAH...