Memaparkan catatan dengan label summer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label summer. Papar semua catatan

Menziarahi Baitullah


Hari yang dinantikan kian tiba. Hampir sebulan lebih perancangan telah kami rencanakan. Akhirnya tiba juga hari ini.. 30 jun 2009.. Tarikh di mana saya akan melaksanakan impian kecilku. Hari ini juga saya akan mula melupakan tentang mesir sebentar dan juga dunia yang fana ini kerana hari inilah permulaan kepada pengembaraan musim panas saya ke Makkah dan Madinah untuk melaksanakan perkejaan umrah.....

Memang dari kecil lagi saya dah lama impikan untuk pergi ke makkah dan madinah tak kiralah samada untuk buat haji ataupun umrah. Kerana ba
gi saya sebelum saya menjelajah ke tempat2 yang lain saya ingin sangat2 menjejakkan kaki ini ke bumi Allah yang sangat mulia itu.. yakni MAkkah dan Madinah...

Alhamdulillah, segala pujian itu hanya layak untuk ALLah sahaja.. hari ini ALLAH telah membuka rahmatNYA untuk membenarkan perjalanan hambaNYA yang hina lagi dina ini untuk menyambut seruan bagi melakukan ibadat umrah di sana.. Alhamdulillah...

Ana dan sahabat2 ana dari universiti Al-azhar dan Cairo University akan ke sana pada malam ini untuk sampai ke perlabuhan Safaga sebelum bertolak melalui kapal untuk sampai ke Jeddah.. Kami akan menziarahi Madinah terlebih dahulu sebelum sampai ke Mekah.. Rasa2nya lebih kurang 3 hari kat sana... Kami akan ada program ziarah sepanjang di sana.. Ana dan teman seroomate ana akan berjumpa dengan beberapa senior lama kami di sana...

Kemudian kami akan ke mekah untuk melakukan ibadat umrah di sana... InsyaALLAH saya akan stay selama sebulan lebih di sana sehinggalah 6 Ogos ini... Jadi dengan itu saya amat2 berharap agar saudara-saudari pengunjung sekalian dapat mendoakan keselamatan saya dan sahabat2 sepanjang di sana...


Justeru itu saya dengan ini ingin meminta maaf zahir dan batin andainya ada terkasar bahasa kepada sesiapa la yang mengenali diri yang lemah lagi hina ini.... Tak kira lah samada dari sekolah tadika dulu ke sekolah rendah ke sekolah menengah ke kat DQ ke hatta kat Alazhar ni... Mintak ampun banyak2 andainya saya ada malkukan dosa kepada antum semua... Ye lahkan manusia kan bukan semuanya perfect... Ada juga cacat celanya... Lebh2 lagi lah macam saya ini... Banyak dosa2 yang telah terpalit ke dalam hati yang yang suci ini.... Halalkan la juga makan dan minum saya sepanjang mengenali saya.... Doa2kanlah kepada saya agar ALLAH mempermudahkan segala urusan saya sepanjang perjalanan di sana..

Jadi buat sahabat2 ku yang tak dapat pergi umrah lagi tak mengapa... Mungkin ALLAH akan memberi kepada kalian benda yang lebih baik buat antum semua... Kan sekarang ni musim panas di mesir... jadi gunakanlah masa2 ini untuk peri ke Pesta Talaqqi yang kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kat setiap rumah2 negeri...... bagi sahabat2 sekuliah denganku jangan lupa untuk menghadirkan diri ke kelas2 yang telah dianjurkan oleh unversity... Ingat peksa kita lepas hari raya... Bagi yang balik awal tu jangan lupa juga untuk datang awal juga takut2 nanti terlepas peksa karang... Nanti tak pasal2 tak leh naik tahun 2 sama2... Ok ya sahabat2.....

Ok sahabat2 sekian dulu untuk post kali ini mudah2an Allah memanjangkan jodoh dan pertemuan kita semua mudah2an kita semua diredhai oleh ALLAH sepanjang hayat kita....

Di celah kesibukan mentelaah

Alangkah indahnya hidup ini andainya dapat melihat umat islam itu bersatu kan? Tiada permusuhan dan tiada permasalahan. Tiada hasad dengki dan tiada kianat antara satu sama lain... Tapi nak buat macam mane kan. Semua yang kita impikan ni tidak tercapai. Mungkin sekarang ini masih belum masanya tetapi saya amat yakin bahawa zaman gelap itu pasti akan berlalu dan islam kembali menyinar. YA! Saya memang pasti akan hal ini kerana janji ALLAH itu adalah HAQ....



Banyaknya sawang2 yang attach kat blog ni selepas hampir 6 minggu saya tinggalkan.... Bukan ape. Sekarang ni tengah musim imtihan. Jadi nak ke x nak ke terpaksalah berenggang dengan blog demi memastikan masa telaah saya x dibazirkan begitu sahaja.. Doa2kanlah kejayaan saya di bumi orang ni... Mungkin post ni pendek je kot sebab tengah melepaskn tekanan studi yang teramat2 dahsyat.. Biasalah exam yang terhampir ni adlah "PHYSIO yang PYSCHO" Hahaha..


Syukran jazilan buat pengunjung2 yang sudi menjengah saya di sini.. InsyaALLAH saya akan mengaktifkan semula blog saya yang sangat bersawang macam sarang labah2 ni dengan topik2 yang lebih komprehensif. (Ape benda la la yang aku ngarut2kan ni?)
InsyaALLAH.. Mungkin lepas imtihan...


Ok lah yop,sampai di sini dulu saya bermadah.. Terima kasih kepada pihak iklan yang berlambak2 tu kat peti shout box saya tu. (Manelah korang leh dapat aku punya laman web ni.. Tension aku!) Anyway syukran awi2 kerana sudi menjenguk datang ke blog yang penuh sawang ini.... Tunggu.....