Bulan Jamadil akhir kian menghampiri penghujungnya. Ibarat tibanya matahari untuk mengantikan bulan yang cantik mengambang di malam hari (ni kes untuk tengah2 bulan je). Ibarat juga tibanya siang menggantikan malam,malam menggantikan siang,pagi beransur ke petang, sementara petang beransur ke malam dan begitulah kitaran hayat bumi yang nazak ini. Begitu jugalah hadirnya Kebenaran menggantikan Kebatilan yang bermaharajalela di muka bumi ini dek kerana kelahiranmu Junjungan umat ,Rasullulah SAW. Marilah sama2 kita memanjatkan selawat dan salam buat Baginda kerana tanpa kehadiran Baginda ke atas muka bumi ini,KITA x akan mengecapi nikmatnya hidup dalam Iman dan Islam. Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah kita kecapi ini. Bagi saya sudah hampir 20 tahun saya hidup dalam islam… entahlah ape yang terjadi kepada kita semua andainya risalah islam itu tidak sampai ke Tanah Melayu sekitar dahulu.
Lantas apa yang dibuat oleh Sultan Alaudin Riayat Syah Adalah baginda adalah menyuburkan majlis2 ilmu di sekitar masjid dan perkarangan istana. Baginda juga sering kali memanggil para ulama’ untuk sama2 berdiskusi tentang masalah2 agama dan pemerintahan,Bagida juga turut mendirikan madrasah2 agama bagi memastikan kelangsungan islam di era itu. Namun ape yang membuat saya bangga dengan baginda adalah tentang satu peristiwa yang saya kira pasti ramai sudah mengetahui akan hal ini. Yang mana baginda telah menangkap pencuri dalam daerahnya di malam hari dengan menyamar sebagai rakyat biasa. Peristiwa ini sungguh berkesan dalam hati saya di mana seorang sultan yang sangat hebat namun beliau dengan “cool” dan “relax”nya menyamar menjadi rakyat biasa untuk berinteraksi dengan rakyat sekaligus mengurangkan masalah jenayah di daerahnya sendiri tanpa hanya mengharapkan tenteranya saje.. Inilah kualiti pemimpin yang patut kita hormati..
Begitu jugalah situasinya dengan Junjungan besar kita Rasullulah SAW. Baginda adalah Manusia yang sangat AGUNG yang pernah hadir ke bumi. Sejak dari kelahiran Baginda yang penuh petanda2 yang baik buat bumi ini. Zaman mudanya baginda mula diuji dengan cubaan yang saya kira amat dahsyat buat baginda. Diikuti pula dengan zaman remajanya yang mana baginda diuji dengan pelbagai dugaan yang diberikan oleh ALLAH buat KekasihNYA bagi menguji Kesabaran dan ketabahan baginda dalam menegakkan islam di muka bumi ini… Zaman dewasanya pula nabi mula menerima Wahyu dari ALLAH yang ESA. Bermulalah pelbagai cabaran dan ujian yang mengiringi baginda dari setiap penjuru. Caci-cacian,maki-makian,cerca-cercaan,dipulau selama 3 tahun oleh masyarakat,hatta Nabi sendiri diancam bunuh oleh kaum Kafir laknatullah… subhanALLAH. Namun segala2nya dihadapi baginda dengan tabah.. Aku kagum kepadamu Wahai Kekasih ALLAH… Aku kangan bangat padamu Ya Rasullulah SAW…(emosi sehingga terkeluar loghat Indonesia)
Ok lah kat mana kita tadi yerk. Oh pasal Bulan Jamadil Akhir yang telah mengucapkan “Selamat Jalan” buat kita. Menunggu sekarang adalah bulan Rejab yang mengucapkan kepada kita “Selamat datang”.
Seperti mana yang kita ketahui bulan rejab ini ada yang kata banyak fadhilatnya. Yelah kan seperti mane yang kita semua sedia maklum malam isra’ mikraj pernah berlaku pada salah satu daripada malam dalam bulan rejab. Ada lagi kejadian yang pernah terjadi dalam bulan ni. Tapi saya dah lupa dah. Namun ada sesetengah ulama mengatakan bahwa ada amalan2 yang khusus adalah digalakkan semasa menjelang bulan Rejab. Ada yang mengatakan bahwa kita digalakkan berpuasa sepanjang bulan, ada juga yang mengatakan bahawa ada puasa yang special dalam bulan ini terutamanya pada hari ke-27 rejab yang umumnya dipersetujui bahawa itu adalah tarikh isra” dan mikhraj berlaku. Link di sini membongkar segala2nya.(Klik di sini ).
Tetapi sahabat2,saya bukan ingin membantutkan keinginan sahabat2 untuk melakukan ibadat2 pada bulan2 ini. Cumanya kalo bleh biarlah kita buat ibadat itu berlandaskan syariat dan bukannya adat. Saya tidak mahu memnbangkitkan isu2 tentang bid’ah ini kerana saya bukanlah orang yang AHLI dalam bidang ni… Kalo setakat sikit2 tu bleh la.. Bak kata orang2 muda “Tak Pro sangat la” sebab saya tak mengambil pengkhususan dalam bidang ini. Namun ape yang saya ingin sampaikan adalah saya tertarik sebenarnya dengan salah satu potongan ayat dari link yang saya beri di atas ni yakni
“ Jika seseorang itu ingin berpuasa dalam bulan Rejab dibolehkan asalkan bukan puasanya itu kerana bulan Rejab serta jangan berangapan ia adalah wajib atau sunat". ( Kitab Hawadith dan Bid'ah , At-Taratusyei :ms 110-111 ) “
Inilah yang yang ingin saya sampaikan. Kalau sahabat2 ingin membuat ape2 la amalan yang soleh pada bulan ini dibolehkan malah diharuskan cumanya janganlah sahabat2 meniatkannya kerana bulan rejab dan mengatakan bahwa ianya adalah wajib… Jadi saya cuma berharap agar pembaca2 sekalian faham akan apa yang ingin saya postkan pada kali ini. Saya berharap agar segala kesalahfahaman yang sekian lama ditimbulkan akan menjadi lebih jelas. Honestly saya memang recently je baru tahu tentang benda ni. Kalo tidak rugilah ape yang kita semua usahakan selama ini…
Jadi bila Rejab sudah sampai ke halaman kita, itu bermakna Ramadan bakal menjelang tiba (Hari raya pun sama huhu). So marilah sama2 mempertingkatkan amalan kita bersama2 mudah2an kita semua sempat untuk menemui Ramadan kali ini bagi mendekatkan diri kita semua kepada Allah SWT.
Jadi akhir kalam “Majulah Amal Buat Islam”.
0 Any Respons:
Catat Ulasan