Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung2 yang sudi untuk bertamu di blog saya ini. Sudah sekian lama jari ini sering kali disibukkan dengan menulis latihan untuk imtihan yang lepas bermula dari biochemistry sehinggalah Physiology. Macam2 dugaan dan cubaan yang telah saya lalui dan akhirnya dengan ini saya mewakili diri sendiri ingin mengisytiharkan bahawa imtihan telah TAMMAT....Jadi dengan ini jari ini akan mula menjalankan fungsinya untuk membersihkan blog yang mula dipenuhi sawang baru2 ini. huhuhu.
Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada pengunjung2 sekalian di atas kesulitan sebelum ini terutama dalam membaca blog ini kerana faktor imtihan ini menyebabkan blog saya telah diabaikan begitu sahaja.
Alhamdulillah, kullu bilkhair. Imtihan yang baru2 ini telah lepas dengan jayanya . Tunggulah keputusannya samada berjaya ataupun tidak. Harap2 berjaya la. Mumtaz kesemuanyalah.. INSYAALLAH... Doa2kanlah ye. Start dengan biochem, banyak la benda2 yang kena ingat dan hafal. Dari amino acid sampailah kepada cloning. Banyak juga sebenarnya yang telah kami blaja dalam setahun ni. Ada la lebih kurang 14 bab yang professor telah sentuh. 3 orang professor telah mengajar kami biochem. Semuanya best2 belaka. Terutamanya professor Khaleel. Best sangat dengan dia terutamanya masa dia ajar. Jarang sangat2 saya ngantuk dalam kelas beliau sebab cara dia mengajar tu sangat2 la bagus. Bayangkanlah setiap kali selepas dia mengajarkan apa2 pun dia pasti akan memuji kebesaran Allah SWT di atas segala kurniaanNYA. Itulah yang menyebabkan saya memang "Tabik spring " la kat dia. Susah la nak jumpa professor yang macam tu. Banyak kali mengaitkan fenomena sains dan juga islam. Contoh yang paling saya ingat sampai sekarang ni adalah tentang kejadian DNA itu sendiri. Dia cakap cuba kita tengok macam mana Allah nak tunjukkan kepada kita semua terutamya tentang konsep penyelarasan kerja. Contoh yang kita ada adalah cells yang berjuta2 dalam badan kita. Pastu cuba kita tengok mcamne cell yang kecil itu mempu mengawalatur persekitaran dan pergerakan dalam dan luar cell tanpa ada bantuan cell yang lain. contohnya kat cell membrane kat it's outer surface. Akan ada receptor yang akan recognize substance yang mane akan dibenarkan masuk dan substances yang mane akan dihalang masuk kedalam cell. Tapi kadang2 ada juga foreign particles yang sepatutnya x leh diffuse inside the cell tapi dia bleh gak masuk. Bukan ada bantuan lain tetapi dna dalam substance itu akan melakukan satu proses yang dinamakan "Reverse Transcriptase" yang mana DNA dalam particles tu akan melakukan transcription secara songsang yakni dengan mengunakan RNA sebagai template untuk menghasilkan DNA-RNA Complexes yang mane complexe ini akan sekali lagi menghasilkan transcription tetapi dengan menjadikan DNA yang songsang tadi sebagai template. So impactnya lebih banyak DNA yang akan dihasilkan adalah DNA yang songsang genetiknya. So Dna inilah akan memasuki cell secara aman tanpa ada sekatan oleh receptor2 at outer surface pun dan akan menyebabkan cell tidak mampu untuk mengesan kehadiran particle ini.
Kemudian DNA ini akan menyebabkan penukaran genetic dalam cell yang tersedia ada dan menyebabkan cell damage its normal function. Biasanya phenomena ini berkait rapat dengan penyakit Infleunza , Hepatitis dan Auto immune disease (AIDS). So, sebab itulah sampai hari ni pakar2 x mampu menemui immune yang sesuai untuk mencegah penyakit2 ini daripada terus menular. Nah tengok la sehabat2 sekalian. Cuba kita bayangkan DNA dengan badan kita sendiri. Siapakah yang lebih besar dan "gagah perkasa"?? Confirmlah kita kan. so di sini boleh kita dapat pengajaran bahawa sekuat2 mane pun orang itu tapi andainya Allah menghantarkan kepada dia virus yang kecik tu nescaya hilanglah segala2nya... Masa tu barulah kita nak sedar bahawasanya Allah itu maha penyayang... Cuba kita amati bagaimana peristiwa Namrud menemui ajalnya. Allah tidak menghantarkan kepadanya bala tentera yang sangat hebat pun. Kereta kebal pun x de. apatah lagi kapal selam scorpion yang mesia beli tu. Allah just hantar seekor nyamuk sahaja. (Diberitakan semut. Tetapi x menjadi masalah pun) Pastu sekejap je dia mati. Tengoklah... Hanya kerana sekekor nyamuk sahaja mampu membunuh seorang manusia. Apatah lagi DNA. So disini professor tu ckap bahwa kita ni manusia lemah je. ALLAH itu maha KUASA. Tiada yang Berkuasa melainkan DIA. SubhanaALLAH... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR..
Tabik spring la kat prof khaleel, then exam anatomy plak. Ha, anatomy adalah subjek kegemaranku. Best sangat sebab kita akan belajar banyak tentang diri kita sendiri. Jadi rugi sangat andainya kelas ni dulu saya "korbankan". Alhamdulillah bleh jawab la semuanya dengan jayanya. ma fish musykillah.. Cumanya yang menjadi masalah adalah hari selepas exam anatomy tu. Ykni HISTOLOGY... Ohhhhh... Lemahnya aku denganmu... Bukan pe.... Histology la yang paling malas saya revised. ditambah pula dengan match bola final malam sebelumnya tu. Memang mencabar keimanan gile laa. kenapa histo lemah ye? Histo bukan la susah sangat tapi sebab subjek tu sekali dakam seminggu so rata2 melihat histo dengan sebelah mata je. sedangkan Bak kata lagu Anita Sarawak "Jangan pandang histo sebelah mata, kerna ku sangat penting" hahaha... saja ubah lirik.
Ok la nanti next year saya akan berusaha untuk meminati Histo!!!!!!!(semangat je lebih). huhuhu.. Namun masa exam histo everything ok la. cuma written la yang slack skit kot sebab lupa tentang lukisan pasal spinal ganglion dan satellite cells... Oral pun ada lupa sket.. Tapi everything rasanya macam ok je... InsyaALLAH. So the last subject adalah Physiology yang Phsycho... huhuhu... memang betul pun... Saya antara peminat setia physio. Tapi terus terang saya katakan bahawa physio ni pening tetapi best la. Ala macam sambal belacan la. Rasa dia memang pedas gile(rindunya sambal belacan mak aku).. Tapi bila sampai kat mulut aku ni rasa macam makan durian je. huhuhu... Biasa la peminat Pedas no satu malaysia...Kan saliva akan cooling ingested food inside the mouth.. so x jdi masalah la. Sebab ape saya meminati physio? sebab physio ni berkait rapat dengan sistem2 dalam badan kita ni. Untuk first year kami blaja 6 subjek besar. Autonomic nerves system, Blood, nerve & muscle,Respiration,GIT and Cardiovascular system... Antara semua ni saya paling minat sekali adalah Cardiovascular system sebab dia betul2 complex dan mencabar daya ingatan dan kefahaman... Tapi ini lah yang menyebabkan saya betul2 meminati cvs ni.. Professornya saya minat juga. best cara dia ajar. Hmpir setiap kali kelas dia saya akan merakamnya.. bukan ape segala apa yang dia cakap tu sangat2 penting... Ya! memang penting pun. Alhamdulillah baru2 ni exam physio lepas la juga dengan jayanya...
Ok la sahabat2 sekian disini dulu. Blog ini masih dalam proses untuk pengislahan. Dan insyaALLAh dalam masa terdekat ini saya akan mengislahkan sebaiknya blog ini.. ok.. Wassalam.
0 Any Respons:
Catat Ulasan