"Kanak-kanak memahaminya".... ape tu?




Merdeka! Merdeka! Merdeka!----Laungan semangat Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 di stadium Merdeka.... jadi selamat menyambut hari merdeka duhai tanah airku untuk kali ke 52 dan juga untuk sahabatku Mohd Taqiuddin yang skrang ni brada di mesir bersama2ku.....

Dah 52 tahun rupanya kita dah merdeka... Umur saya pon kian meningkat dari tahun ke tahun.... Saya tertarik sewaktu menengok satu iklan kemerdekaan yang selalu diulang tayang di tv.... Slalunya orang kata iklan PETRONAS la yang paling best dan mantop.... Ye la memang best pon... Saya sering menantikan iklan2 tu terutamanya pabila sesuatu perayaan menjelang... Lebih2 lagi kemerdekaan ni ha.... Untuk tahun ni saya rasa iklannya sangat2 pelik....

Cuba tengok video kat bawah ni...



ADA SAPE2 TAK YANG FAHAM??????????? TOLONG KABO SKET KAT SAYE YE........

Ada ke yang paham? saya rasa kalo ada orang yang paham bermakna mereka itu adalah KANAK-KANAK.... Hehehe.... APA PASAL????

Sebab bagi saya inilah iklan yang paling merepek yang pernah saya tengok... Ape benda la kaitannya dengan kemerdekaan???? bermula dengan seorang reporter tanya kepada adik Tan Hong Ming tentang percintaan... Pastu dibawanya "kekasih intan payungnya", adik Umi Qazrina...Pastu si reporter ni pon tanya lah soalan2 yang merepek2 yang saya rasakan ianya tak patut ditanya kepada kanak2 seusia sebegini....Last2 kali dia tulis...

"KANAK-KANAK MEMAHAMINYA"

Wow! ape sebenarnya yang ingin disampaikan kepada semua audiens...? Adakah ini makne kemerdekaan yang sebenarnya? Mengalakkan kanak2 untuk memikirkan tentang percintaan sedari kecil lagi ??

Atau

Ingin menggalakkan percintaan di antara agama yang berlainan??

Atau

Ingin menyambut seruan PM kita yang beria-ia untuk misi SATU MALAYSIA?

Atau

Ingin menunjukkan kepada kita inilah fenomena yang seharusnya kita bina???

Atau ...... Atau Ape lagi ??????? Apekah rasionalnya iklan ini dijadikan sebagai iklan kemerdekaan buat tahun ini....?? Adakah negara kita ini sedang menuju suatu tahap yang mane agama itu hanya di kad I/c sahaja? Wow! inikah rupanya kemerdekaan yang telah terhasil sejak 52 tahun?? menggalakkan kanak2 memikirkan tentang percintaan sejak kecil lagi... Ini rupanya yang ingin "mereka" perjuangkan? Patutlah "mereka" beria-ia untuk memasukkan subjek Pendidikan Sex di sekolah rendah.....Ohh.. macam tu rupanya....

Jadi saya harap kalian boleh la menilai sendiri apekah sebenarnya makna kemerdekaan itu..... Dah 52 tahun kita merdeka... Rupa2nya merdeka hanya dari segi pemerintah sahaja dan bukannya mentaliti.. Ternyata mentaliti kita masih dijajah teruk oleh orang2 barat yang nyata sengaja membiarkan kita begitu...

Sedarlah kalian semua !! jangan kita biarkan diri kita ini masih lagi di bawah belenggu penjajah mentaliti yang menyerang kita tanpa disedari.... ayuh isilah kemerdekaan ini dengan acuan kita sendiri..Dan bukannya acuan orang lain.......

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

Post kali ni saya rasa amat2 terkejut di atas berita ni... Sama2 lah kita menyedekahkan Alfatihah buat Allahyarham..... ALFATIHAH....

"
KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.


Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama "
(click here)

Moga2 Allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh.... Amin....

p/s:: Jangan salah faham plak ye... Kadang2 nama dah nak dekat serupa tetapi orang yang lain....

Ape cerita ni?

Alhamdulillah sudah lama saya tak mengupdate blog ni... Dah macam2 sarang yang melekat kat sana-sini.... huhuhuhu... Jadi hari ni saya nak mulakan proses untuk mengupdate blog ni.... seperti mane yang kita maklum sekarang ni kan ada pilihan raya kecik kat Permatang Pasir... Untuk pengetahuan kalian.... Itulah tempat tinggal saya.... (Rindunya kat rumah!!!) .Seperti yang saya jangka PAS akan menang mudah akhirnya menjadi kenyataan. berikut petikan dari blog yamh sempat saya tengok.....

"PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882. Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008".(click here)


Bagi pendapat saya kemenangan Pas kali ni adalah berpunca daripada beberapa faktor yang sempat saya analisis. Antaranya adalah....

1) Perpaduan PR semakin mantap dan ini menyebabkan rakyat semakin yakin kepada PR. Ini ditunjukkan dengan gerakerja bersepadu antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Semua pimpinan utama PR turun padang membantu kempen dan ini dilihat oleh raky
at sebagai suata perkara positif yang melambangkan perpaduan dan keutuhan PR.

2) Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan DAP berjaya meyakinkan rakyat semua kaum bahawa ianya sebuah kerajaan rakyat yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Program kebajikan seperti pembasmian golongan miskin tegar, elaun guru KAFA yang dinaikkan, elaun untuk pada Hafiz dan Hafizah dan lain-lain berjaya menutup mulut Umno/BN.

3) Pengaruh Anwar terus utuh dan kukuh di Permatang Pauh sehingga rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat

4) Jasa dan perkhidmatan Allahyarham Hamdan tetap dikenang rakyat Permatang Pasir dan mereka yakin Ustaz Salleh Man mampu untuk meneruskan legasi Allahyarham Hamdan

5) Sifat tenang, mesra, mudah didekati, tidak mempunyai rekod buruk dan ketekunan Ustaz Salleh Man sepanjang kempen memikat hati rakyat untuk mengundi beliau

6) Ustaz Salleh Man memang telah lama dikenali rakyat kerana pengelibatan politiknya bersama PAS sejak lebih 25 tahun bergiat dalam gerakerja politik dan kemasyarakatan. Malah beliau sering bersama-sama dengan Allahyarham Datuk Hamdan menyelesaikan masalah rakyat.

7) Kekuatan asas PR di Permatang Pasir memang cukup untuk memberikan kemenangan kepada PR kerana di DUN ini PAS dan PKR mempunyai lebih dari 2,000 ahli berdaftar ditambah lagi dengan bilangan ahli dan penyokong DAP yang juga ramai. Rekod bersih PAS memenangi semua Peti Undi pada PRU 2008 dahulu membuktikan sokongan padu rakyat kepada PR dan ianya terus dipertahankan pada PRK Permatang Pauh sehingga sekarang.

8) Mood rakyat yang sememangnya terus cenderung menyokong PR dengan isu-isu nasional seperti kematian Teoh Beng Hock, isu perkauman, serangan dan fitnah berlebihan kepada Datuk Nik Aziz menambah sokongan dan simpati kepada calon PR

9) Jentera PR yang sistematik, cekap, sepadu di tambah dengan strategi kempen yang mengena menambahkan lagi keperitan Umno/BN. Jentera PAS sendiri iaitu MTD terus beristiqamah menjalankan gerakerja di DUN ini sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjadi wakil rakyat selepas PRU 1999 lagi.

10) Kesilapan Umno/BN memilih calon bermasalah memudahkan lagi PR untuk menang di Permatang Pasir. Sejak dari awal kempen Umno/BN berada dalam keadaan defensive dimana terpaksa ‘membersihkan’ salah laku dan peribadi calonnya yang jelas buruk dan tercemar

11) BN sendiri dilihat bercakaran sesama sendiri dengan isu terbaru berkaitan PKFZ menambahkan parah BN yang sememangnya sudah parah dengan isu dalaman MCA, MIC dan Umno yang sehingga kini tidak dapat diatasi.

12) Umno Bahagian Permatang Pauh masih bercakaran sesame sendiri di tambahkan lagi dengan penentangan akar umbi terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon sedangkan masih ramai lagi calon lain yang bersih, berkarisma dan diterima oleh akar umbi

13) Pengundi di DUN ini sememangnya tidak mudah ditipu dan termakan dengan pujuk rayu dan sogokan Umno/BN kerana mereka terdedah kepada maklumat alternative dengan lokasi mereka yang berdekatan dengan Bandar dan mudah mendapat maklumat

14) Isu-isu pembangunan dan projek segera tidak menarik minat pengundi di sini kerana hampir semua kemudahan asas telah sedia ada di sini.

15) Fitnah Umno/BN terhadap Tok Guru Nik Aziz dalam isu syurga dan fitnah terhadap Ustaz Salleh akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana rakyat faham dan sudah mangli dengan isu seumpama itu.

jadi disini memang terang lagi bersuluh mengapa PAS patut menang lagi dalam DUN ini... Ya memang saya sendiri mengakui bahawa Allahyarham Hamdan tu memang mesra rakyat... saya pernah beberapa kali berjumpa dan bertanyakan khabar dengan beliau... memang low profile la..

ok la kot ntuk kali ni.... Sebelum tu saya nak isytiharkan bahawa untuk tahun ini sahaja PAKATAN RAKYAT telah menang ke atas BARISAN NASIONAL dengan jarigan besar yakni 7 berbalas 1...

kita tunggu la pulak samada akan ada lagi ke tak pilihanraya kecik ni lagi.... katanya akan ada lagi... Kita tunggu......