"PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882. Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.
Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008".(click here)
Bagi pendapat saya kemenangan Pas kali ni adalah berpunca daripada beberapa faktor yang sempat saya analisis. Antaranya adalah....
1) Perpaduan PR semakin mantap dan ini menyebabkan rakyat semakin yakin kepada PR. Ini ditunjukkan dengan gerakerja bersepadu antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Semua pimpinan utama PR turun padang membantu kempen dan ini dilihat oleh rakyat sebagai suata perkara positif yang melambangkan perpaduan dan keutuhan PR.
2) Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan DAP berjaya meyakinkan rakyat semua kaum bahawa ianya sebuah kerajaan rakyat yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Program kebajikan seperti pembasmian golongan miskin tegar, elaun guru KAFA yang dinaikkan, elaun untuk pada Hafiz dan Hafizah dan lain-lain berjaya menutup mulut Umno/BN.
3) Pengaruh Anwar terus utuh dan kukuh di Permatang Pauh sehingga rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat
4) Jasa dan perkhidmatan Allahyarham Hamdan tetap dikenang rakyat Permatang Pasir dan mereka yakin Ustaz Salleh Man mampu untuk meneruskan legasi Allahyarham Hamdan
5) Sifat tenang, mesra, mudah didekati, tidak mempunyai rekod buruk dan ketekunan Ustaz Salleh Man sepanjang kempen memikat hati rakyat untuk mengundi beliau
6) Ustaz Salleh Man memang telah lama dikenali rakyat kerana pengelibatan politiknya bersama PAS sejak lebih 25 tahun bergiat dalam gerakerja politik dan kemasyarakatan. Malah beliau sering bersama-sama dengan Allahyarham Datuk Hamdan menyelesaikan masalah rakyat.
7) Kekuatan asas PR di Permatang Pasir memang cukup untuk memberikan kemenangan kepada PR kerana di DUN ini PAS dan PKR mempunyai lebih dari 2,000 ahli berdaftar ditambah lagi dengan bilangan ahli dan penyokong DAP yang juga ramai. Rekod bersih PAS memenangi semua Peti Undi pada PRU 2008 dahulu membuktikan sokongan padu rakyat kepada PR dan ianya terus dipertahankan pada PRK Permatang Pauh sehingga sekarang.
8) Mood rakyat yang sememangnya terus cenderung menyokong PR dengan isu-isu nasional seperti kematian Teoh Beng Hock, isu perkauman, serangan dan fitnah berlebihan kepada Datuk Nik Aziz menambah sokongan dan simpati kepada calon PR
9) Jentera PR yang sistematik, cekap, sepadu di tambah dengan strategi kempen yang mengena menambahkan lagi keperitan Umno/BN. Jentera PAS sendiri iaitu MTD terus beristiqamah menjalankan gerakerja di DUN ini sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjadi wakil rakyat selepas PRU 1999 lagi.
10) Kesilapan Umno/BN memilih calon bermasalah memudahkan lagi PR untuk menang di Permatang Pasir. Sejak dari awal kempen Umno/BN berada dalam keadaan defensive dimana terpaksa ‘membersihkan’ salah laku dan peribadi calonnya yang jelas buruk dan tercemar
11) BN sendiri dilihat bercakaran sesama sendiri dengan isu terbaru berkaitan PKFZ menambahkan parah BN yang sememangnya sudah parah dengan isu dalaman MCA, MIC dan Umno yang sehingga kini tidak dapat diatasi.
12) Umno Bahagian Permatang Pauh masih bercakaran sesame sendiri di tambahkan lagi dengan penentangan akar umbi terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon sedangkan masih ramai lagi calon lain yang bersih, berkarisma dan diterima oleh akar umbi
13) Pengundi di DUN ini sememangnya tidak mudah ditipu dan termakan dengan pujuk rayu dan sogokan Umno/BN kerana mereka terdedah kepada maklumat alternative dengan lokasi mereka yang berdekatan dengan Bandar dan mudah mendapat maklumat
14) Isu-isu pembangunan dan projek segera tidak menarik minat pengundi di sini kerana hampir semua kemudahan asas telah sedia ada di sini.
15) Fitnah Umno/BN terhadap Tok Guru Nik Aziz dalam isu syurga dan fitnah terhadap Ustaz Salleh akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana rakyat faham dan sudah mangli dengan isu seumpama itu.
jadi disini memang terang lagi bersuluh mengapa PAS patut menang lagi dalam DUN ini... Ya memang saya sendiri mengakui bahawa Allahyarham Hamdan tu memang mesra rakyat... saya pernah beberapa kali berjumpa dan bertanyakan khabar dengan beliau... memang low profile la..
ok la kot ntuk kali ni.... Sebelum tu saya nak isytiharkan bahawa untuk tahun ini sahaja PAKATAN RAKYAT telah menang ke atas BARISAN NASIONAL dengan jarigan besar yakni 7 berbalas 1...
kita tunggu la pulak samada akan ada lagi ke tak pilihanraya kecik ni lagi.... katanya akan ada lagi... Kita tunggu......
jadi disini memang terang lagi bersuluh mengapa PAS patut menang lagi dalam DUN ini... Ya memang saya sendiri mengakui bahawa Allahyarham Hamdan tu memang mesra rakyat... saya pernah beberapa kali berjumpa dan bertanyakan khabar dengan beliau... memang low profile la..
ok la kot ntuk kali ni.... Sebelum tu saya nak isytiharkan bahawa untuk tahun ini sahaja PAKATAN RAKYAT telah menang ke atas BARISAN NASIONAL dengan jarigan besar yakni 7 berbalas 1...
kita tunggu la pulak samada akan ada lagi ke tak pilihanraya kecik ni lagi.... katanya akan ada lagi... Kita tunggu......
0 Any Respons:
Catat Ulasan