Kita digalakkan bersyukur sebab bila kita bersyukur,kita hidup secara sederhana,mengelakkan diri kita dari jadi tamak haloba.
Salah ke kita belajar komplen mengenai apa yang kita tak puas hati?
Bagaimana nak berubah kalau apa-apa yang terjadi kepada kita (yang bukan tindakan kita) kita terima bulat-bulat macam tu aje?Kerajaan buat cukai tinggi,syukur sebab mampu jugak kita beli kereta Proton...syukur lah jugak sebab ada jugak api air kat rumah kita.Itu aje yang anda nak?Terlalu rendah level of expectation anda.
Complaining is the catalyst for changes.
Malaysia juga terbentuk hasil daripada rungutan rakyat yang inginkan kebebasan daripada penjajah.Jika rakyat waktu itu bersyukur dengan apa yang ada,bagaimana?Jika majoriti antara kita hanya diam dan bersyukur dengan harga minyak sewaktu harganya mencecah Rm2.70 satu masa dulu,tak mungkin kerajaan menurunkan harga minyak.Kita kena paham,kerajaan anggap running Malaysia like running a business,jadi kita kena pastikan mereka tukar prinsip itu.
Sebab itu sekarang baru kerajaan terhegeh-hegeh nak mendahulukan rakyat.Mungkin sebab ramai orang yang tak bersyukur kot,bagus kan?Makin lama akan makin ramai lah orang yang "tak reti bersyukur" macam saya jika Malaysia masih sama.
Harga minyak dah naik,syukur Alhamdulillah.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata minyak takde mengalami perubahan harga.Ye lah,pada kerajaan memang la takde.Pada rakyat?(tengok sini)
Nak bersyukur ke nak komplen?Jangan salah faham apa maksud syukur tu.Banyak perbezaan antara "bersyukur "dan "berpuas hati."
Pilihlah sendiri.Jangan jadi pak turut.
1 Any Respons:
salam bro, check out ni
http://eramuslim.com/berita/ramadhan-mancanegara/ramadhan-di-kuala-lumpur.htm
pada ana kita perlu balance antara protest dan progress.. ada hal x perlu protest, perlu protest sikit dan perlu protest banyak...
tapi kadang2, semua kita main pukul rata.. dan lebih menyedihkan tudak paham pun apa di protest
macam isu perak, selangor
di akhirnya, bagi rakyat sipil seperti ana akan melihat PR dan BN masuk dalam lubang yang sama
semuanya mula jadu kucar kacir pasal kita
terlalu banyak bercakap tentang hak hingga menyebabkan kita kabur tentang perjuangan asal
pada ana, atmosfera politik adalah satu eksistensi lemah... paling hebat bertahan 5 tahun, setelah itu pasti berubah.. sama ada menang atau kalah...
kepada semua malaysians, ketahui apa yang kita mahu, menyusun strategi dan kita mulakan hari ini
aksi atau tindakan kita bukan berangkat dari "poke" orang pada kita (rujuk kamus, maksud bahasa melayu macam cucuk jari pada pinggang, membuatkan kita melatah)
tetapi tindakan kita terlahir dari perubahan yang kita ingin lihat
Catat Ulasan